BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Korang carik ape tu arr??

Saturday, January 29, 2011

Cinta Gila 3

BAB 3

Yasmin mula mundar mandir macam orang gila. Loceng makin kuat berbunyi tanda orang yang menekannya sudah naik angin bersabar kerana pintu lambat dibuka.

Alunan lagu OMG oleh Usher tiba-tiba kedengaran dari dari telefon bimbit.  Nama Hadi tertera. Dia lambat-lambat menekan butang hijau.

”Hoi ko ada kat dalam ke apa ni. Buka pintulah!” sergah Hadi. Hilang sabarnya.
”Kalau aku tak nak buka kau nak buat apa hah?!”
”Aku panggilkan budak hotel ni minta buka pintu ni sekarang juga. Aku nak bagitau kat dia orang kau takut kat suami kau sendiri. Biar kau malu. Boleh gitu?”
Yasmin terkedu. Dia berfikir sejenak lalu perlahan-lahan tombol dipulas.

Hadi segera menolak kasar pintu itu. Geram tak sudah dengan perangai isterinya. Yasmin yang kelihatan pucat melihat muka Hadi yang macam singa kelaparan itu tidak jadi untuk bertekak. Dia mendiamkan diri.

”Ko ni kenapa? Kenapa lambat buka pintu hah? Aku pantang betullah kalau kena menunggu macam orang bodoh ni. And for your information, lain kali jangan sesekali buat aku menunggu lagi. Kalau kau nak tengok aku bertukar jadi raksasa cubalah buat lagi.”

Yasmin masih lagi membatu. Tidak berkutik sedikit pun. Sebenarnya dia bukanlah takut dengan ugutan Hadi tu. Yang merisaukan Yasmin tika ini adalah ugutan Hadi di siang hari tadi. Itu yang lebih merisaukannya.

”Yang kau ni senyap macam  kena pukau ni kenapa pulak.  Hai mana hilang taring Yasmin Yasin selama ni ya.  Sebelum ni aku rasa kaulah perempuan yang paling brutal aku kenal. Yasmin Yasin ni dah bertukar wajah ke. Hahaha..” Hadi melepaskan gelak besar. Yasmin masih juga mendiamkan diri. Menunduk ke lantai.

Hadi bangun dari sofa dibilik tidur itu dan mendekati Yasmin yang duduk dibirai katil. Yasmin mula kecut perut. Alamak macam mana ni. Mampus aku kali ni. Tidak! Kau jangan buat apa-apa kat aku ya Hadi. Karang aku bangun kasi flying kick baru kau rasa. Walaupun aku belajar taekwando setakat tali pinggang kuning tapi aku teror je bab-bab nak menendang ni. Adui..jangan dekat jangan dekat. Senak dah perut ni rase. Kalau lah boleh scan isi perut aku sekarang mesti nampak dia tengah menggelupur sekarang ni.

Hadi menghenyakkan badan di atas katil. Dia menarik tangan Yasmin.

”Arrrghhh!!” Yasmin tiba-tiba bagai diserang histeria.  Matanya dipejam rapat.

Melompat Hadi bangun dari katil kerana jeritan histeria Yasmin tadi.

”Heh kau ni kenapa?” sergah Hadi.
”Kau nak buat apa hah. Jangan sentuh aku. Pergi pergi!!” Yasmin masih meracau macam
kena rasuk.

”Buat apanya. Aku tarik tangan kau jelah. Apa yang kau takut.”

”Kau jangan nak macam-macam dengan aku ye Hadi. Ingat, aku ada taekwando..”ugut Yasmin.

”Alah kenapa? Ingat aku takut kalau kau ada taekwando. Setakat tali pinggang kuning tu, sekali aku tolak je kau dah jatuh. Macamlah kuat sangat”

”Kau jangan pandang rendah Hadi.  Dah berapa ramai mangsa aku sebelum ni.  Kau nak rasa ke?”

”Alah tak heran. Eh nak tanya sikit ni. Yang kau melenting lebih-lebih ni kenapa.  Bukan tak pernah selama ni aku tarik kau, kau tolak aku. Aku cepuk kau, kau sepak aku.  Tiba-tiba pulak kau menceceh malam ni apahal?” Hadi sengaja provok Yasmin. Merah muka Yasmin menahan geram.

”O ye!.. Baru aku ingat kita dah jadi suami isteri ya. Hmmm...tak sangkakan Min, dari seorang kawan tiba-tiba bertukar jadi seorang isteri. Tapi apa pun kau kena hormat aku lepas ni.  Sebab aku dah jadi suami kau.” Yasmin banyak mendiamkan diri. Bersiap-sedia jika Hadi bertindak diluar kawalan. Hadi masih lagi tidak puas menyakat teman baiknya yang kini menjadi isterinya itu.

”Kau kenapa senyap dari tadi? Dah jadi batu ke. Oooo..sebelum ni kaulah orangnya ya. Brutal lah konon. Baru sikit dah menikus .”  Hadi cuba memaut lengan Yasmin sekali lagi, namun belum sempat tangan Yasmin dipaut dia terus berdiri membuka langkah kekuda.

Hadi ternganga melihat gelagat Yasmin. Akhirnya tawa Hadi terburai.

”Ha kau nak buat apa pulak ni.  Eh kau boleh tolong jangan nak buat lawak Senario boleh tak malam-malam buta ni. Hahaa” Hadi masih tak boleh berhenti ketawa. Melihat Yasmin yang konon-konon nak menendang dirinya.

Yasmin yang geram diketawakan bagai badut sarkas terus menolak Hadi dan berlari masuk ke bilik mandi.

”Eh, main tolak-tolak pulak dia.  Ooi Min. Kau nak ajak aku main kejar-kejar ke? Hahaha.” Entah kenapa Hadi rasa begitu lucu sekali melihat gelagat Yasmin malam ini.  Malu-malu kucing gitu.

“Celaka kau Hadi. Oo..kau gelakkan aku ye.  Takpe-takpe, ada lori ada bas. Sampai masa nanti kena kau Hadi.”

”Oi makcik di dalam. Nak tidur kat dalam bilik mandi ke. Kalau kau rasa boleh tahan sejuk aku tak kisah. Aku boleh bagikan kau bantal dengan selimut. Nanti karang kau kata aku kejam pulakkan.”
 
Hadi masih menahan tawa.  Puas hatinya dapat menyakat Yasmin.  Selama ini dialah yang selalu menjadi mangsa kena beralah pada Yasmin bila bertekak.

”Oi orang diluar.  Aku tak hairanlah kena tidur kat dalam ni pun.  Aku lebih rela dari kena tidur sebilik dengan kau.”

”Ok, kalau macam tu. Selagi kita menginap di hotel ni maka, bilik tidur rasmi kau adalah bilik mandi. Katil kau adalah jakuzi tu ok. Bantal dan selimut takpe aku sponsor. Tapi kalau kau dah tak tahan aku alu-alukan saja kau keluar. Tapi dengan syarat kau kena tidur sekatil dengan aku. Deal?”

Mendengarkan syarat Hadi, Yasmin mendengus marah. Geram tak terkata.

”Alah ingat aku heran ke hah.  Ni Yasmin lah.  Aku tak gentar dengan ugutan dan cabaran ni.  Setakat tidur kat bilik mandi ni apalah sangat.  Aku dah biasa berkhemah tidur kat hutan tau.”

”Ok, kalau macam tu. Good night sayang!”

Klik! Lampu bilik dipadam. Yasmin terdiam. Mencuri-curi dengar apa yang terjadi diluar. Geramnya dah sampai ke tahap dewa.

Yasmin terduduk dilantai bilik mandi. Keletihan. Dengan muka selebet dia menyisir rambut ke belakang.  Mengembongkan pipinya dan merenung ke lantai.

Tak boleh jadi ni. Takkan kalau seminggu aku kena tinggal kat hotel ni, seminggu aku kena tidur dalam jamban ni.  Eii..memanglah jamban ni lawa, bersih, luas, kalah bilik tidur aku. Tapi jamban is still jamban. Tak boleh jadi. Kau kena buat sesuatu Yasmin.  Jangan biar diri kau dibuli. Yes! Aku kena lawan Hadi. Jangan biar dia pijak kepala aku.

Perlahan-lahan pintu bilik mandi dibuka.  Dalam keadaan samar-samar dia mencari kelibat Hadi.

Bagus. Nampak macam Hadi dah takde ni. Yabeda bedu.  Aku boleh teruskan plan aku. Handphone. Mana handphone aku. Aku meraba-raba dalam gelap. Nak pasang lampu takut Hadi tiba-tiba balik semula. Karang tak sempat pulak aku nak berlari masuk bilik tidur istimewa aku ni. 

Ya Allah mana pulak aku taruk handphone ni.  Macam mana aku boleh jadi pelupa sangat ni.  Ni gara-gara terkejut beruk dengan Hadi tulah.  Habis semua memori aku hilang. Aduyai.. masak aku macam ni. Aku kena call Azila. Aku nak minta Azila datang sini. Jemput aku. Konon-konon ada emergency kat hostel. Tapi kalau dah telefon pun aku tak jumpa macam mana aku nak jalankan mission impossible aku nih.

Takpe Yasmin, cari lagi. Ada kat meja solek kot. Jom pergi cari kat situ. Hmm. Meja solek, meja solek mana kau.  Aku tak berapa nak nampak nih.  Ya..disini pun kau.  Tanganku meraba-raba permukaan meja solek. Licin. Tiada apa yang ada kecuali sekotak tisu.

Kat meja solek tak ada, kita cari kat meja katil. Perlahan-lahan langkah ku atur gaya orang buta. Tangan ku kekalkan meraba-raba mencari meja kecil di tepi katil. Jumpa pun meja ni tapi hampa. Tak ada juga benda alah yang aku cari.

Aduh..mana lah aku letak handphone ni.  Apalah malang nasib aku malam ni.  Mak...tolong Min Mak. Anak mak ni kena buli mak tahu tak.  Menantu mak ni kejam sangat.  Aku dah mula rasa sebak. Mengenangkan nasib aku.  Air mata mula bergenang birai mata.

Dalam mengenang nasib yang syahdu syahdan tu aku masih tak berhenti meraba-raba. Masih tidak berputus asa mencari handphone.

Aku gagahkan diri untuk bangun walaupun badan aku terasa begitu penat sekali hari ini. Kalah rasa penat masuk marathon. Dalam jangkaanku jam mesti dah masuk pukul 2 pagi.

Baru aku nak melangkah tapak kedua. Buk!! Terasa seperti melanggar sesuatu yang besar. Tapi lembut. Maksudnya bukan dinding. Berbentuk-bentuk dan ada bau haruman yang menyegarkan. Ini maksudnya.. Ow..ow..!!

Cinta Gila 2

BAB 2

Haa..Yasmin. macam mana dengan perbincangan kau dan Hadi?  Ada hasil?” Azila datang menyapa Yasmin tiba-tiba.
“Hmm..tak guna Zila bincang dengan orang yang tak ada otak macam Hadi tu. Wat tambah sakit hati adalah.  Ada ke aku tanya dia serius dia main-main pulak”
“Apa yang dia cakap?”
“Dia marah aku melalak malam-malam buta kacau dia tengah berangan macam mana nak balas dendam kat aku malam perta….” Yasmin malu hendak menghabiskan kata-kata terakhir Hadi.  Azila sudah senyum  tersimpul-simpul.
”Entah-entah dia memang sukakan kau tak.  Memang tak kisah nak berkahwin dengan kau. Tapi nak balas dendam kat ko masa malam perta... tu, dia nak wat apa ek?  Hahahaaa”  Azila tergelak besar.
”Ko ni sama je macam Hadi!” satu penumbuk singgah di bahu Azila.

Akhirnya perbualan dua sahabat itu berakhir di situ sahaja.  Yasmin mahupun Azila tidak lagi bercerita perkara itu.  Bagi Yasmin dia mahu melupakan perkara tersebut walaupun perkahwinan dia bakal berlangsung bulan depan.  Yasmin berdoa dalam hatinya agar perkahwinan mereka akan dibatalkan memandangkan selepas perbincangan dia bersama Azila tiada persiapan yang nampaknya dibuat. Masing-masing mahupun keluarga semua mendiamkan diri. Yasmin berasa begitu senang hati.

Tiba-tiba setelah sebulan berlalu Pak Yasin bertanya. “ Yasmin, macam mana esok nak jadi isteri orang? Dah bersedia  belum? ”

Yasmin ternganga tanpa jawapan.

Yasmin tidak berhenti menangis tersesak-esak pagi itu.  ”Mak, tolong Yasmin mak. Min tak nak kahwin. Min tak nak kahwin dengan Hadi” Yasmin merengek-rengek menangis bagaikan budak kecil. 

”Mak mak...tengok anak mak ni, kecil lagi..kan mak. Masak nasi pun tak pandai lagi. Min tak pandai mak nak jadi isteri. Nak urus rumah tangga, lagi-lagi nak layan suami. Eiii..Min tak reti tu semua mak.” berkeriput mulut si ibu nak menahan gelak melihat anaknya bongsunya persis budak-budak merengek nak gula-gula. Namun dia pura-pura bermuka masam menunjukkan ketegasannya.

”Mak, pandanglah Min ni. Min cakap dengan mak ni. Mak dengar tak?” Yasmin mula naik angin bila pujukannya tidak diendahkan ibu.

Sangakaan Yasmin nyata sekali meleset.  Dia ingatkan bila tiada persiapan dibuat, maka perkahwinan mereka dibatalkan. Rupa-rupanya Pn Sri Zalia rancak menyiapkan persiapan perkahwinan.  Segala-gala sudah siap tersedia ditempah.  Perkahwinan mereka dibuat di hotel. Hanya jemputan VIP sahaja dijemput.

”Sudah Min. Kau jangan nak buat gila. Sekejap lagi mak andam datang nak mengandam.  Apa pulak kata dia nanti tengok mata kau bengkak macam ni.  Lagipun, mak nak tanya satu ni.  Yang kau takut sangat nak kahwin dengan si Hadi tu kenapa?”

”Mak, Hadi tu.. Hadi tu.. ishh..dia tu gila la mak! Taknak lah Min. Mak tak kesian ke anak mak kena buli dengan Hadi tu nanti”

”Ahh.. malaslah mak nak layan kamu ni Min.  Nanti dengan mak mak pun naik gila macam kamu.  Dah berhenti menangis.”  Pn Rosnah berlalu meninggalkan anak bongsunya di dalam bilik. Dia tahu kalau dilayan perangai manja anak bongsunya tu makin panjang ceritanya.

”Assalamualaikum..”

”Waalaikumussalam.. kak.  Tolong Min kak. Akak.. boleh tak akak wat sesuatu untuk Min.  Kalau akak sanggup tolong Min kali ni, Min akan wat apa saja untuk akak lepas ni”

”Kenapa adik akak yang sorang ni. Merah mata ni. Min jarang menangis macam ni. Nak kahwin menangis macam ni sekali. Kenapa ni? Apa yang akak boleh tolong Min?”

”Akak ganti tempat Min boleh? Akak kahwin dengan Hadi ye. Please kak..”

“Ishh kamu ni Min.. takkanlah macam tu pula. Pakcik kan dah masuk pinang Min, takkan akak pulak yang kena jadi mangsa. Dengar sini Min, akak bukan tak nak tolong.  Tapi semua ni mesti ada hikmah dan kebaikan.  Akak tau Min dan Hadi selalu tak sebulu kan.  Tapi akak rasa,  Hadi tu sebenarnya ada hati dengan Min. Cuma dia malu nak luahkan. Akak percaya, kalau Min dah jadi  isteri dia, dia mesti layan Min dengan baik.  Lagipun Hadi tu open minded orangnya, bab pelajaran Min , mesti dia tak sekatnye. Bahkan, dia akan sokong Min dan boleh bantu Min nanti. Lagipun Hadi dah bekerjaya. Dia boleh support Min dari segi perbelanjaan. Banyak untungnya nanti Min.. Bertuah adik akak ni.  dapat kahwin dengan anak Tan Sri. Hihii..” Yusrina menyakat adik kesayangannya itu.  Perwatakan Yusrina jauh bezanya.  Yusrina sangat lemah-lembut orangnya.  Jarang meninggi suara.  Dia juga seorang yang penyayang.

”Ni ke pengantinnya?” tiba-tiba suara muncul di muka pintu.
”Err..ye, ni adik saya Yasmin. Dialah pengantinnya. Kak ni mak andam ke?” tanya Yusrina yang ragu-ragu melihat perwatakan mak andam. Ni mak andam ke pak andam.  Desis hati kecil Yusrina.

“Laa..kenapa tak berseri je muka pengantinnya ni.  Bengkak mata ni macam mana ni dik?  Kau nangis ye dik?” celoteh si mak andam.

”Takpe-takpe, nama akak Sally. Panggil Kak Sally ye. Mmm..kakaknye boleh tunggu di luar tak? Saya nak mulakan kerja ni”

“ Oh.. ye..ok err..Min, jangan sedih-sedih lagi ye. Akak keluar dulu”

Setelah 2 jam Yasmin di rias rapi bagai raja sehari, akhirnya semua siap.  Hanya menunggu masa untuk berangkat ke masjid bagi acara akad nikah.

Akhirnya mereka sekeluarga selamat tiba di masjid.  Yasmin menoleh sekeliling mencari bakal suaminya.  Tapi belum nampak bayang,  Dia mengeluh lega.

Tok kadi dan lain-lain semua sudah sedia menunggu.  Ada yang berbisik-bisik bertanya mana pengantin lelaki yang belum sampai.

Keadaan menjadi agak riuh tiba-tiba.  Rupa-rupanya pengantin lelaki baru tiba.  Hadi yang segak berbaju melayu putih mencari kelibat Yasmin.  Dia tiba-tiba melopong melihat Yasmin yang cantik dirias rapi bagaikan puteri raja.  Yasmin yang memandang Hadi menjeling ke arah lain. Hadi makin galak menyakat. Dikenyit matanya kepada Yasmin.  Yasmin menjuihkan bibirnye yang mungil itu.

“Baiklah kalau semua dah bersedia kita mulakanlah ye”  suara Tok Kadi memecah kesunyian di dalam masjid.  Yasmin yang terdengar suara tersebut makin seram sejuk.  Dia terasa seperti hendak terkencing. Serba salah tidak menentu.

“Hadi Bushra, aku nikahkan dikau dengan Yasmin binti Yasin dengan mas kahwin RM10 ribu tunai”
“Aku terima nikah bersama Yasmin binti Yasin dengan mas kahwin RM10 ribu tunai” sambut Hadi.
”Sah? Sah..Sah? Sah... Alhamdulillah.” bagaikan luruh jantung Yasmin mendengar lafaz tersebut dengan begitu lancar sekali. Dia tidak menyangka dengan sekali lafaz dia kini berstatus sebagai isteri Hadi. Tiada kawan-kawan mengetahui pernikahannya dengan Hadi kecuali Azila.  Hanya Azila menemaninya di sisi semasa acara akad nikah itu berlangsung.

Hadi datang duduk didepan Yasmin untuk upacara membatalkan air sembahyang.  Yasmin tunduk mencium tangan Hadi selepas sebentuk cincin disarung ke jari manisnya. Hadi lantas mencium dahi Yasmin.  Hadi berbisik kepada Yasmin. “Siap kau malam ni” Yasmin membulatkan mata. Hadi tersengih lalu bangun untuk sesi bergambar.

Malam itu mereka bersanding bagaikan putera dan puteri raja. Selepas semua upacara selesai dan semuanya pulang, Hadi dan Yasmin bermalam di hotel itu juga. Tiada sebarang majlis lain akan dibuat.

Yasmin mundar mandir di dalam bilik. Dah lagak macam orang kurang siuman gayanya. Apa aku nak buat ni ye. Nak kunci pintu ke. Aku tak boleh biarkan Hadi masuk ni. Tapi..kalau aku kunci pintu mesti kecoh pulak kan. Apahal pengantin perempuan tak bagi pengantin lelaki masuk ni. Hurmmm...apa aku nak buat ni. Nak lari dari bilik ni ke ek. Isk munasabah ke. Sampai bila aku nak lari  ye. Esok, lusa, tulat kena jugak bertembung dengan mamat ni. Nak bersemuka? Jumpa Hadi? Eeiiii...tak boleh tak boleh.. dia bukan Hadi yang dulu. Hadi yang boleh aku pijak-pijak kepalanya. Dia sekarang dah jadi suami aku yang sah dan semua kuasa veto ditangannya. Kalau jadi apa-apa mesti mak bapak aku termasuk mak bapak mertua aku salahkan aku. Ya Allah...bagilah aku petunjuk. Apa punya blur kau malam ni Yasmin Yasin. Yasmin mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.

Yasmin masih lagi ligat berfikir mencari idea bagaimana untuk melepaskan diri. Bila dia terkenangkan kata-kata Hadi yang mengugut dia semasa upacara membatalkan air sembahyang di masjid tadi dia makin kecut.

Tiba-tiba radio di suatu sudut di bilik itu memutarkan lagu lama yang dipopularkan oleh Juliana Banos.

Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau dihadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu

Kuharap bicara cinta
Kau cerita tentang bola
Ku ingin bersiar-siar
Dikau baca surat khabar
Bila ku terus keluar
Kau tertidur tidak sedar
Ku pulang rumah jam tiga
Kau pula cemburu buta

Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau di hadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintamu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu

Sepelik-pelik manusia
Oh! Dikau mengatasinya
Dan mungkin ku juga gila
Kerana masih bersama
Tapi mungkin kerna itu
Ku tertarik kepadamu
Biarlah orang mengata
Cinta kita cinta gila

Ah ah
Cinta kita
Cinta gila

Itu saja yang perlu kau ku tahu...
Ku cintamu kau cintaiku
Cinta kita cinta gila

Memang gila! Sumpah Yasmin dalam hati. Aku dengan dia memang bagai langit dengan bumi.  Sudahlah pula tu kita orang ni boleh dikira sebagai kawan baiklah walaupun selalu bertekak bila berjumpa. Cubalah bayangkan macammana perasaan kalau kau orang semua dikahwinkan dengan kawan baik lelaki yang selama ni beraku berkau. Yang selama ni bertepuk tampar. Menyumpah dan bercakap kasar bagai. Tiba-tiba jadi suami. Macam manalah nak lalui kehidupan sehari-hari dengan orang gila macam Hadi tu. Huh! Yasmin melepaskan keluhan berat. Tapi sebelum ni aku boleh je kan handle Hadi tu. Kenapa nak takut sekarang pulak ya. Ahh peduli apa kau laki aku ke siapa sekarang.. Hei.. ni Yasmin daaa...

Yasmin tersenyum seorang diri di depan cermin. Tiba-tiba senyuman dia bertukar menjadi wajah kengerian mendengarkan loceng pintunya berbunyi. Itu menandakan.. Tidak!!!



Cinta Gila 1

BAB 1

“Mak, ayah, kenapa Min kena kawin dengan Hadi? Mak dengan ayah kan tau hubungan kitaorg tak penah okey dari kecik lagi.  Lagipun Min dah anggap Hadi tu macam abang kandung Min sendiri.  Min rasa kalau betul mak, ayah nak berbesan sanagt dengan Tan Sri Hamid tu baik mak jodohkan dengan kakak.  Kakak pun dah kerja.  Dah patut sangat dia berkahwin.  Min ni belajar pun habis lagi.” panjang lebar Yasmin membela diri.  Namun dalam keadaan protes begitu dia tidak sanggup untuk meniggi suara.  Yasmin terlalu hormatkan keluarganya.  Lagi pula dengan status anak bongsu memang dia sangat manja dan disayangi keluarga.

Keluarga Yasmin berasal dari keluarga yang sederhana.  Ayahnya cuma seorang penyelia tapak manakala ibunya pula hanya suri rumah tangga.  Hanya 2 beradik, kakaknya Yusrina bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Perangkaan. Namun hubungan mereka sekeluarga amat akrab.

”Min, dengar sini baik-baik. Kakak Min tu dah lebih umur dari Hadi tu. Takkanlah si Hadi tu nak berkahwin dengan Kak Rin pula.” Pak Yasin memberi penjelasan.
”Betul tu Min.  Lagipun Kak Rin tu mak rasa dah ada pilihan hati dia.  Tan Sri pula terang-terang dah masuk meminang kamu untuk di Hadi tu.” sampuk si ibunya pula.
”Tapi mak, ayah, beza umur tu tak penting, Kak Rin dan Hadi tu cuma 2 tahun saja bezanya.  Mak tolongla mak, Min tak mahu kahwin lagi.. Umur Min baru 20 tahun mak. Macam mana Min nak fokus belajar nanti. Nak jaga si Hadi yang keras kepala tu.” rengek Yasmin tak henti.

Keluargga Pak Yasin dan Tan Sri Hamid bermula sejak mereka sama-sama hidup susah semasa di kmapung dahulu.  Cuma bezanya setelah Tan Sri Hamid berhijrah dari kampung ke Kuala Lumpur hidup mereka berubah menjadi senang. Namun hubungan mereka tidak terputus begitu sahaja.  Mereka sering kunjung-mengunjung sehingga sekarang.  Baik Yasmin, Yursrina dan Hadi memang rapat dan kadang-kala bergurau tidak bertempat.  Lebih-lebih lagi si Yasmin dan Hadi kerana umur mereka hanya jarak dua tahun.  Bersekolah pun sama-sama. Sehinggalah Yusrina kini yang telah mencecah 25 tahun telah bekerja dan Yasmin serta Hadi melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.  Kini Hadi telahpun menamatkan Ijazah pertama dan menguruskan salah sebuah syarikat milik ayahnya.  Lain pula dengan si Yasmin yang masih bergemumambng dengan assignment, tengah penat memerah otak ketika musim peperiksan menjelma.

”Sudahlah Min. Jangan mengada-ngada. Mak dan ayah dulu kahwin awal tak da masalah pun. Lagipun Tan Sri dah beria-ria benar. Kalau kamu berani, hah pergi cakao sendiri kat Tan Sri tu.  Kata kat dia kamu tak nak berkahwin dengan Hadi tu. Puas?” Pak Yasin seakan mengugut.

Pak Yasin dan isteri yang malas hendak melayan kerenah si Yasmin yang banyak songeh tu terus bangun dari sofa dan berlalu nak menuju ke bilik. Tinggalah si Yasmin berseorang di ruang tamu.  Hendak berbincang dengan si Yusrina, Yusrina pula tiada.  Sejak bekerja, Yusrina tidak lagi tinggal di kampung.  Dia tinggal di rumah sewa bersama-sama kawan-kawan di Serdang.

Yasmin sudah mati kutu. Dibuka televisyen tapi satu cerita pun tidak menarik minat dia.  Di belek majalah di tepi sofa satu apa pun tak masuk kepala apa yang dibaca. Akhinya dia mengambil keputusan menelefon Azila, rakan baiknya.

Beberapa kali Yasmin mendail nombor Azila akhirnya bersambung.

”Zila, ko ni pergi mana?  Puas aku call baru nak angkat” Yasmin memberi salam  dengan leteran yang panjang lebar.
“Sorry lah.  Aku tertidur tadi masa wat assignment. Kau ni kenapa nak marah-marah sangat ni ?”
”Zila, kau kena tolong aku. Mati aku kali ni”
”Heh apa kau cakap ni.  Sebut pasal mati-mati pulak ni”
”Tadi masa kita keluar rupa-rupanya keluarga Hadi datang ke rumah aku”
”Lah, setakat datang rumah kau, apa yang nak hairannya.  Bukan ke dia orang tu selalu datang rumah kau ke?”
”Yelah.. tapi kedatangan meraka kali ni bawa hajat besar”
”Nape? Hajat ape? Nak masuk pinang kau? Hahahah..” mengekek Azila mentertawakan Yasmin.
”Eh kau ni macam tau-tau je.. Ooo. Kau pun berpakat dengan dia orang ye”
”Errr.. aku gurau je. Jadi betul lah apa yang aku cakap tu ye?”
“Mmm.. itulah yang buat aku risau ni. Aku tak nak kahwin Zila. Tolongla bagi cadangan. Aku tak nak si Hadi bengis tu. Menyampah aku. Kau bukan tak tahu hubungan kita orang ni macam mana. Dah puas aku pujuk mak ayah aku. Tapi dia orang malu.  Dia suruh aku beritahu sendiri kat Tan Sri. Ishhh... ”Yasmin merengus.
”Macam nilah, apa kata ko bincang dengan Hadi.  Aku pun tak pandai sangat dalam hal-hal begini.  Mana tahu Hadi pun tak bersetuju dan dia ada perancangan juga”
”Oklah. Aku cuba telefon Hadi dulu ye. Ok Zila thanks bagi cadangan walaupun tak seberapa. Jumpa esok kat kampus ya. Bye!!” talian terus terputus.

Yasmin merenung  siling rumah papan itu. Walaupun rumah tersebut sudah lama, tetapi kayunya masih utuh. Ayahnya bukan tidak mampu membeli rumah batu yang baru, tinggal di taman perumahan.  Dengan kerja penyelia tapak dan gaji yang diberi oleh Tan Sri sudah cukup untuk membeli rumah baru tetapi ayahnya berdegil mahu tinggal di rumah itu.  Katanya banyak kenangan susah senang semasa di rumah itu.

Lemah jari-jemari Yasmin menekan butang kekunci telefin bimbitnya mencari nama Hadi. Hadi..Hadi.. Hadi Busuk.  Nakal si Yasmin menyimpan nama Hadi sebagai Hadi Busuk di dalam telefonnya.

Sebentar kemudian telefon bersambung.

”Hadi..”lembut Yasmin menyapa.
”Hah Yasmin. Apahal ko call aku malam-malam ni. Kacau je orang nak mengelamun atas katil. Ko ni wat aku hilang steam je..”bentak Hadi.
“Hoi Hadi! Aku tegur baik-baik ni ko janganlah nak melalak pulak.” Yasmin mula naik angin.  Itulah kelemahan mereka.  Asal berjumpa bercakap macam anjing dengan kucing lagaknya.  Tak pernah nak berlemah lembut.  Macam mana nanti bila berkahwin.
“Lah ko yang mengacau aku nak tengking-tengking orang pulak. Ko pehal ni tiba-tiba call aku”
“Ok baik-baik.. aku tak nak gaduh dengan kau sebab aku ada hal penting nak cakap dengan kau. Kau tahu tak mak ayah kau datang rumah aku tadi pasal apa?”
“ Oh..pasal tu.  Tahu”
“Kalau kau tahu kenapa kau mcam tak kisah je hah?”
”Habis aku nak buat apa? Nak melalak macam kau malam-malam buta ni.  Baik aku berangan atas katil ni macam mana aku nak balas dendam kat ko malam pertama nanti. Hahahahaaa”
”Celaka kau Hadi. Hah!!” Yasmin terus meletakkan telefon. Dia tidak sanggup lagi berdepan dan bercakap dengan Hadi.  Ada saja perkara yang akan menyakitkan hatinya kalau berbual dengan Hadi.
”Tak guna punya Hadi. Aku serius dia main-main pulak.” guman Yasmin.  Kenapa Hadi nampak rileks je ye. Atau Hadi memang tak kisah dengan perkahwinan ini.  Yasmin berfikir seorang diri di sofa dan akhirnya terlena di situ sampai pagi.

Selamat datang ke blog Mizz Princezz

Welcome..Selamat Datang sume pada yang sudi nak buang masa kat blog nih. Aku pun masih baru menceburi bidang nih. So kalo ada apa-apa nak komen as senior blogger ke ( or korang ni memang kaki komen punyer) please..silakan lah komen yerk! Maklumler aku orang baru so maybe ada banyak salah silap dari segi penulisan ni kan. hehehe..

Boleh aku pantun sket tak. ( boleh jer..ni kan blog aku sdn. bhd.)

BUAH MENGKUDU DI LUAR PAGAR,
AMIK GALAH TOLONG JOLOKKAN,
AKU BUDAK BARU BELAJAR,
KALO SALAH TOLONG KOMENKAN.

First time menulis blog ni aku masih tarak idea sangat but pas ni korang sume boleh layan aku nyer story especially yang dah ter 'post' kat penulisan2u tu.

So tuk permulaan nih pada peminat-peminat aku ( ada ke peminat?? perasan lebey ) kat penulisan2u yang dok tertanya-tanya mana blog aku..inilah dia blog Mizz Princezz~~story teller.. heh heh heh!!