BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Korang carik ape tu arr??

Saturday, January 29, 2011

Cinta Gila 3

BAB 3

Yasmin mula mundar mandir macam orang gila. Loceng makin kuat berbunyi tanda orang yang menekannya sudah naik angin bersabar kerana pintu lambat dibuka.

Alunan lagu OMG oleh Usher tiba-tiba kedengaran dari dari telefon bimbit.  Nama Hadi tertera. Dia lambat-lambat menekan butang hijau.

”Hoi ko ada kat dalam ke apa ni. Buka pintulah!” sergah Hadi. Hilang sabarnya.
”Kalau aku tak nak buka kau nak buat apa hah?!”
”Aku panggilkan budak hotel ni minta buka pintu ni sekarang juga. Aku nak bagitau kat dia orang kau takut kat suami kau sendiri. Biar kau malu. Boleh gitu?”
Yasmin terkedu. Dia berfikir sejenak lalu perlahan-lahan tombol dipulas.

Hadi segera menolak kasar pintu itu. Geram tak sudah dengan perangai isterinya. Yasmin yang kelihatan pucat melihat muka Hadi yang macam singa kelaparan itu tidak jadi untuk bertekak. Dia mendiamkan diri.

”Ko ni kenapa? Kenapa lambat buka pintu hah? Aku pantang betullah kalau kena menunggu macam orang bodoh ni. And for your information, lain kali jangan sesekali buat aku menunggu lagi. Kalau kau nak tengok aku bertukar jadi raksasa cubalah buat lagi.”

Yasmin masih lagi membatu. Tidak berkutik sedikit pun. Sebenarnya dia bukanlah takut dengan ugutan Hadi tu. Yang merisaukan Yasmin tika ini adalah ugutan Hadi di siang hari tadi. Itu yang lebih merisaukannya.

”Yang kau ni senyap macam  kena pukau ni kenapa pulak.  Hai mana hilang taring Yasmin Yasin selama ni ya.  Sebelum ni aku rasa kaulah perempuan yang paling brutal aku kenal. Yasmin Yasin ni dah bertukar wajah ke. Hahaha..” Hadi melepaskan gelak besar. Yasmin masih juga mendiamkan diri. Menunduk ke lantai.

Hadi bangun dari sofa dibilik tidur itu dan mendekati Yasmin yang duduk dibirai katil. Yasmin mula kecut perut. Alamak macam mana ni. Mampus aku kali ni. Tidak! Kau jangan buat apa-apa kat aku ya Hadi. Karang aku bangun kasi flying kick baru kau rasa. Walaupun aku belajar taekwando setakat tali pinggang kuning tapi aku teror je bab-bab nak menendang ni. Adui..jangan dekat jangan dekat. Senak dah perut ni rase. Kalau lah boleh scan isi perut aku sekarang mesti nampak dia tengah menggelupur sekarang ni.

Hadi menghenyakkan badan di atas katil. Dia menarik tangan Yasmin.

”Arrrghhh!!” Yasmin tiba-tiba bagai diserang histeria.  Matanya dipejam rapat.

Melompat Hadi bangun dari katil kerana jeritan histeria Yasmin tadi.

”Heh kau ni kenapa?” sergah Hadi.
”Kau nak buat apa hah. Jangan sentuh aku. Pergi pergi!!” Yasmin masih meracau macam
kena rasuk.

”Buat apanya. Aku tarik tangan kau jelah. Apa yang kau takut.”

”Kau jangan nak macam-macam dengan aku ye Hadi. Ingat, aku ada taekwando..”ugut Yasmin.

”Alah kenapa? Ingat aku takut kalau kau ada taekwando. Setakat tali pinggang kuning tu, sekali aku tolak je kau dah jatuh. Macamlah kuat sangat”

”Kau jangan pandang rendah Hadi.  Dah berapa ramai mangsa aku sebelum ni.  Kau nak rasa ke?”

”Alah tak heran. Eh nak tanya sikit ni. Yang kau melenting lebih-lebih ni kenapa.  Bukan tak pernah selama ni aku tarik kau, kau tolak aku. Aku cepuk kau, kau sepak aku.  Tiba-tiba pulak kau menceceh malam ni apahal?” Hadi sengaja provok Yasmin. Merah muka Yasmin menahan geram.

”O ye!.. Baru aku ingat kita dah jadi suami isteri ya. Hmmm...tak sangkakan Min, dari seorang kawan tiba-tiba bertukar jadi seorang isteri. Tapi apa pun kau kena hormat aku lepas ni.  Sebab aku dah jadi suami kau.” Yasmin banyak mendiamkan diri. Bersiap-sedia jika Hadi bertindak diluar kawalan. Hadi masih lagi tidak puas menyakat teman baiknya yang kini menjadi isterinya itu.

”Kau kenapa senyap dari tadi? Dah jadi batu ke. Oooo..sebelum ni kaulah orangnya ya. Brutal lah konon. Baru sikit dah menikus .”  Hadi cuba memaut lengan Yasmin sekali lagi, namun belum sempat tangan Yasmin dipaut dia terus berdiri membuka langkah kekuda.

Hadi ternganga melihat gelagat Yasmin. Akhirnya tawa Hadi terburai.

”Ha kau nak buat apa pulak ni.  Eh kau boleh tolong jangan nak buat lawak Senario boleh tak malam-malam buta ni. Hahaa” Hadi masih tak boleh berhenti ketawa. Melihat Yasmin yang konon-konon nak menendang dirinya.

Yasmin yang geram diketawakan bagai badut sarkas terus menolak Hadi dan berlari masuk ke bilik mandi.

”Eh, main tolak-tolak pulak dia.  Ooi Min. Kau nak ajak aku main kejar-kejar ke? Hahaha.” Entah kenapa Hadi rasa begitu lucu sekali melihat gelagat Yasmin malam ini.  Malu-malu kucing gitu.

“Celaka kau Hadi. Oo..kau gelakkan aku ye.  Takpe-takpe, ada lori ada bas. Sampai masa nanti kena kau Hadi.”

”Oi makcik di dalam. Nak tidur kat dalam bilik mandi ke. Kalau kau rasa boleh tahan sejuk aku tak kisah. Aku boleh bagikan kau bantal dengan selimut. Nanti karang kau kata aku kejam pulakkan.”
 
Hadi masih menahan tawa.  Puas hatinya dapat menyakat Yasmin.  Selama ini dialah yang selalu menjadi mangsa kena beralah pada Yasmin bila bertekak.

”Oi orang diluar.  Aku tak hairanlah kena tidur kat dalam ni pun.  Aku lebih rela dari kena tidur sebilik dengan kau.”

”Ok, kalau macam tu. Selagi kita menginap di hotel ni maka, bilik tidur rasmi kau adalah bilik mandi. Katil kau adalah jakuzi tu ok. Bantal dan selimut takpe aku sponsor. Tapi kalau kau dah tak tahan aku alu-alukan saja kau keluar. Tapi dengan syarat kau kena tidur sekatil dengan aku. Deal?”

Mendengarkan syarat Hadi, Yasmin mendengus marah. Geram tak terkata.

”Alah ingat aku heran ke hah.  Ni Yasmin lah.  Aku tak gentar dengan ugutan dan cabaran ni.  Setakat tidur kat bilik mandi ni apalah sangat.  Aku dah biasa berkhemah tidur kat hutan tau.”

”Ok, kalau macam tu. Good night sayang!”

Klik! Lampu bilik dipadam. Yasmin terdiam. Mencuri-curi dengar apa yang terjadi diluar. Geramnya dah sampai ke tahap dewa.

Yasmin terduduk dilantai bilik mandi. Keletihan. Dengan muka selebet dia menyisir rambut ke belakang.  Mengembongkan pipinya dan merenung ke lantai.

Tak boleh jadi ni. Takkan kalau seminggu aku kena tinggal kat hotel ni, seminggu aku kena tidur dalam jamban ni.  Eii..memanglah jamban ni lawa, bersih, luas, kalah bilik tidur aku. Tapi jamban is still jamban. Tak boleh jadi. Kau kena buat sesuatu Yasmin.  Jangan biar diri kau dibuli. Yes! Aku kena lawan Hadi. Jangan biar dia pijak kepala aku.

Perlahan-lahan pintu bilik mandi dibuka.  Dalam keadaan samar-samar dia mencari kelibat Hadi.

Bagus. Nampak macam Hadi dah takde ni. Yabeda bedu.  Aku boleh teruskan plan aku. Handphone. Mana handphone aku. Aku meraba-raba dalam gelap. Nak pasang lampu takut Hadi tiba-tiba balik semula. Karang tak sempat pulak aku nak berlari masuk bilik tidur istimewa aku ni. 

Ya Allah mana pulak aku taruk handphone ni.  Macam mana aku boleh jadi pelupa sangat ni.  Ni gara-gara terkejut beruk dengan Hadi tulah.  Habis semua memori aku hilang. Aduyai.. masak aku macam ni. Aku kena call Azila. Aku nak minta Azila datang sini. Jemput aku. Konon-konon ada emergency kat hostel. Tapi kalau dah telefon pun aku tak jumpa macam mana aku nak jalankan mission impossible aku nih.

Takpe Yasmin, cari lagi. Ada kat meja solek kot. Jom pergi cari kat situ. Hmm. Meja solek, meja solek mana kau.  Aku tak berapa nak nampak nih.  Ya..disini pun kau.  Tanganku meraba-raba permukaan meja solek. Licin. Tiada apa yang ada kecuali sekotak tisu.

Kat meja solek tak ada, kita cari kat meja katil. Perlahan-lahan langkah ku atur gaya orang buta. Tangan ku kekalkan meraba-raba mencari meja kecil di tepi katil. Jumpa pun meja ni tapi hampa. Tak ada juga benda alah yang aku cari.

Aduh..mana lah aku letak handphone ni.  Apalah malang nasib aku malam ni.  Mak...tolong Min Mak. Anak mak ni kena buli mak tahu tak.  Menantu mak ni kejam sangat.  Aku dah mula rasa sebak. Mengenangkan nasib aku.  Air mata mula bergenang birai mata.

Dalam mengenang nasib yang syahdu syahdan tu aku masih tak berhenti meraba-raba. Masih tidak berputus asa mencari handphone.

Aku gagahkan diri untuk bangun walaupun badan aku terasa begitu penat sekali hari ini. Kalah rasa penat masuk marathon. Dalam jangkaanku jam mesti dah masuk pukul 2 pagi.

Baru aku nak melangkah tapak kedua. Buk!! Terasa seperti melanggar sesuatu yang besar. Tapi lembut. Maksudnya bukan dinding. Berbentuk-bentuk dan ada bau haruman yang menyegarkan. Ini maksudnya.. Ow..ow..!!

0 comments: