BAB 2
“Haa..Yasmin. macam mana dengan perbincangan kau dan Hadi? Ada hasil?” Azila datang menyapa Yasmin tiba-tiba.
“Hmm..tak guna Zila bincang dengan orang yang tak ada otak macam Hadi tu. Wat tambah sakit hati adalah. Ada ke aku tanya dia serius dia main-main pulak”
“Apa yang dia cakap?”
“Dia marah aku melalak malam-malam buta kacau dia tengah berangan macam mana nak balas dendam kat aku malam perta….” Yasmin malu hendak menghabiskan kata-kata terakhir Hadi. Azila sudah senyum tersimpul-simpul.
”Entah-entah dia memang sukakan kau tak. Memang tak kisah nak berkahwin dengan kau. Tapi nak balas dendam kat ko masa malam perta... tu, dia nak wat apa ek? Hahahaaa” Azila tergelak besar.
”Ko ni sama je macam Hadi!” satu penumbuk singgah di bahu Azila.
Akhirnya perbualan dua sahabat itu berakhir di situ sahaja. Yasmin mahupun Azila tidak lagi bercerita perkara itu. Bagi Yasmin dia mahu melupakan perkara tersebut walaupun perkahwinan dia bakal berlangsung bulan depan. Yasmin berdoa dalam hatinya agar perkahwinan mereka akan dibatalkan memandangkan selepas perbincangan dia bersama Azila tiada persiapan yang nampaknya dibuat. Masing-masing mahupun keluarga semua mendiamkan diri. Yasmin berasa begitu senang hati.
Tiba-tiba setelah sebulan berlalu Pak Yasin bertanya. “ Yasmin, macam mana esok nak jadi isteri orang? Dah bersedia belum? ”
Yasmin ternganga tanpa jawapan.
Yasmin tidak berhenti menangis tersesak-esak pagi itu. ”Mak, tolong Yasmin mak. Min tak nak kahwin. Min tak nak kahwin dengan Hadi” Yasmin merengek-rengek menangis bagaikan budak kecil.
”Mak mak...tengok anak mak ni, kecil lagi..kan mak. Masak nasi pun tak pandai lagi. Min tak pandai mak nak jadi isteri. Nak urus rumah tangga, lagi-lagi nak layan suami. Eiii..Min tak reti tu semua mak.” berkeriput mulut si ibu nak menahan gelak melihat anaknya bongsunya persis budak-budak merengek nak gula-gula. Namun dia pura-pura bermuka masam menunjukkan ketegasannya.
”Mak, pandanglah Min ni. Min cakap dengan mak ni. Mak dengar tak?” Yasmin mula naik angin bila pujukannya tidak diendahkan ibu.
Sangakaan Yasmin nyata sekali meleset. Dia ingatkan bila tiada persiapan dibuat, maka perkahwinan mereka dibatalkan. Rupa-rupanya Pn Sri Zalia rancak menyiapkan persiapan perkahwinan. Segala-gala sudah siap tersedia ditempah. Perkahwinan mereka dibuat di hotel. Hanya jemputan VIP sahaja dijemput.
”Sudah Min. Kau jangan nak buat gila. Sekejap lagi mak andam datang nak mengandam. Apa pulak kata dia nanti tengok mata kau bengkak macam ni. Lagipun, mak nak tanya satu ni. Yang kau takut sangat nak kahwin dengan si Hadi tu kenapa?”
”Mak, Hadi tu.. Hadi tu.. ishh..dia tu gila la mak! Taknak lah Min. Mak tak kesian ke anak mak kena buli dengan Hadi tu nanti”
”Ahh.. malaslah mak nak layan kamu ni Min. Nanti dengan mak mak pun naik gila macam kamu. Dah berhenti menangis.” Pn Rosnah berlalu meninggalkan anak bongsunya di dalam bilik. Dia tahu kalau dilayan perangai manja anak bongsunya tu makin panjang ceritanya.
”Assalamualaikum..”
”Waalaikumussalam.. kak. Tolong Min kak. Akak.. boleh tak akak wat sesuatu untuk Min. Kalau akak sanggup tolong Min kali ni, Min akan wat apa saja untuk akak lepas ni”
”Kenapa adik akak yang sorang ni. Merah mata ni. Min jarang menangis macam ni. Nak kahwin menangis macam ni sekali. Kenapa ni? Apa yang akak boleh tolong Min?”
”Akak ganti tempat Min boleh? Akak kahwin dengan Hadi ye. Please kak..”
“Ishh kamu ni Min.. takkanlah macam tu pula. Pakcik kan dah masuk pinang Min, takkan akak pulak yang kena jadi mangsa. Dengar sini Min, akak bukan tak nak tolong. Tapi semua ni mesti ada hikmah dan kebaikan. Akak tau Min dan Hadi selalu tak sebulu kan. Tapi akak rasa, Hadi tu sebenarnya ada hati dengan Min. Cuma dia malu nak luahkan. Akak percaya, kalau Min dah jadi isteri dia, dia mesti layan Min dengan baik. Lagipun Hadi tu open minded orangnya, bab pelajaran Min , mesti dia tak sekatnye. Bahkan, dia akan sokong Min dan boleh bantu Min nanti. Lagipun Hadi dah bekerjaya. Dia boleh support Min dari segi perbelanjaan. Banyak untungnya nanti Min.. Bertuah adik akak ni. dapat kahwin dengan anak Tan Sri. Hihii..” Yusrina menyakat adik kesayangannya itu. Perwatakan Yusrina jauh bezanya. Yusrina sangat lemah-lembut orangnya. Jarang meninggi suara. Dia juga seorang yang penyayang.
”Ni ke pengantinnya?” tiba-tiba suara muncul di muka pintu.
”Err..ye, ni adik saya Yasmin. Dialah pengantinnya. Kak ni mak andam ke?” tanya Yusrina yang ragu-ragu melihat perwatakan mak andam. Ni mak andam ke pak andam. Desis hati kecil Yusrina.
“Laa..kenapa tak berseri je muka pengantinnya ni. Bengkak mata ni macam mana ni dik? Kau nangis ye dik?” celoteh si mak andam.
”Takpe-takpe, nama akak Sally. Panggil Kak Sally ye. Mmm..kakaknye boleh tunggu di luar tak? Saya nak mulakan kerja ni”
“ Oh.. ye..ok err..Min, jangan sedih-sedih lagi ye. Akak keluar dulu”
Setelah 2 jam Yasmin di rias rapi bagai raja sehari, akhirnya semua siap. Hanya menunggu masa untuk berangkat ke masjid bagi acara akad nikah.
Akhirnya mereka sekeluarga selamat tiba di masjid. Yasmin menoleh sekeliling mencari bakal suaminya. Tapi belum nampak bayang, Dia mengeluh lega.
Tok kadi dan lain-lain semua sudah sedia menunggu. Ada yang berbisik-bisik bertanya mana pengantin lelaki yang belum sampai.
Keadaan menjadi agak riuh tiba-tiba. Rupa-rupanya pengantin lelaki baru tiba. Hadi yang segak berbaju melayu putih mencari kelibat Yasmin. Dia tiba-tiba melopong melihat Yasmin yang cantik dirias rapi bagaikan puteri raja. Yasmin yang memandang Hadi menjeling ke arah lain. Hadi makin galak menyakat. Dikenyit matanya kepada Yasmin. Yasmin menjuihkan bibirnye yang mungil itu.
“Baiklah kalau semua dah bersedia kita mulakanlah ye” suara Tok Kadi memecah kesunyian di dalam masjid. Yasmin yang terdengar suara tersebut makin seram sejuk. Dia terasa seperti hendak terkencing. Serba salah tidak menentu.
“Hadi Bushra, aku nikahkan dikau dengan Yasmin binti Yasin dengan mas kahwin RM10 ribu tunai”
“Aku terima nikah bersama Yasmin binti Yasin dengan mas kahwin RM10 ribu tunai” sambut Hadi.
”Sah? Sah..Sah? Sah... Alhamdulillah.” bagaikan luruh jantung Yasmin mendengar lafaz tersebut dengan begitu lancar sekali. Dia tidak menyangka dengan sekali lafaz dia kini berstatus sebagai isteri Hadi. Tiada kawan-kawan mengetahui pernikahannya dengan Hadi kecuali Azila. Hanya Azila menemaninya di sisi semasa acara akad nikah itu berlangsung.
Hadi datang duduk didepan Yasmin untuk upacara membatalkan air sembahyang. Yasmin tunduk mencium tangan Hadi selepas sebentuk cincin disarung ke jari manisnya. Hadi lantas mencium dahi Yasmin. Hadi berbisik kepada Yasmin. “Siap kau malam ni” Yasmin membulatkan mata. Hadi tersengih lalu bangun untuk sesi bergambar.
Malam itu mereka bersanding bagaikan putera dan puteri raja. Selepas semua upacara selesai dan semuanya pulang, Hadi dan Yasmin bermalam di hotel itu juga. Tiada sebarang majlis lain akan dibuat.
Yasmin mundar mandir di dalam bilik. Dah lagak macam orang kurang siuman gayanya. Apa aku nak buat ni ye. Nak kunci pintu ke. Aku tak boleh biarkan Hadi masuk ni. Tapi..kalau aku kunci pintu mesti kecoh pulak kan. Apahal pengantin perempuan tak bagi pengantin lelaki masuk ni. Hurmmm...apa aku nak buat ni. Nak lari dari bilik ni ke ek. Isk munasabah ke. Sampai bila aku nak lari ye. Esok, lusa, tulat kena jugak bertembung dengan mamat ni. Nak bersemuka? Jumpa Hadi? Eeiiii...tak boleh tak boleh.. dia bukan Hadi yang dulu. Hadi yang boleh aku pijak-pijak kepalanya. Dia sekarang dah jadi suami aku yang sah dan semua kuasa veto ditangannya. Kalau jadi apa-apa mesti mak bapak aku termasuk mak bapak mertua aku salahkan aku. Ya Allah...bagilah aku petunjuk. Apa punya blur kau malam ni Yasmin Yasin. Yasmin mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.
Yasmin masih lagi ligat berfikir mencari idea bagaimana untuk melepaskan diri. Bila dia terkenangkan kata-kata Hadi yang mengugut dia semasa upacara membatalkan air sembahyang di masjid tadi dia makin kecut.
Tiba-tiba radio di suatu sudut di bilik itu memutarkan lagu lama yang dipopularkan oleh Juliana Banos.
Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau dihadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu
Kuharap bicara cinta
Kau cerita tentang bola
Ku ingin bersiar-siar
Dikau baca surat khabar
Bila ku terus keluar
Kau tertidur tidak sedar
Ku pulang rumah jam tiga
Kau pula cemburu buta
Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau di hadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintamu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu
Sepelik-pelik manusia
Oh! Dikau mengatasinya
Dan mungkin ku juga gila
Kerana masih bersama
Tapi mungkin kerna itu
Ku tertarik kepadamu
Biarlah orang mengata
Cinta kita cinta gila
Ah ah
Cinta kita
Cinta gila
Itu saja yang perlu kau ku tahu...
Ku cintamu kau cintaiku
Cinta kita cinta gila
Ku di belakang kau dihadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu
Kuharap bicara cinta
Kau cerita tentang bola
Ku ingin bersiar-siar
Dikau baca surat khabar
Bila ku terus keluar
Kau tertidur tidak sedar
Ku pulang rumah jam tiga
Kau pula cemburu buta
Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau di hadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintamu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu
Sepelik-pelik manusia
Oh! Dikau mengatasinya
Dan mungkin ku juga gila
Kerana masih bersama
Tapi mungkin kerna itu
Ku tertarik kepadamu
Biarlah orang mengata
Cinta kita cinta gila
Ah ah
Cinta kita
Cinta gila
Itu saja yang perlu kau ku tahu...
Ku cintamu kau cintaiku
Cinta kita cinta gila
Memang gila! Sumpah Yasmin dalam hati. Aku dengan dia memang bagai langit dengan bumi. Sudahlah pula tu kita orang ni boleh dikira sebagai kawan baiklah walaupun selalu bertekak bila berjumpa. Cubalah bayangkan macammana perasaan kalau kau orang semua dikahwinkan dengan kawan baik lelaki yang selama ni beraku berkau. Yang selama ni bertepuk tampar. Menyumpah dan bercakap kasar bagai. Tiba-tiba jadi suami. Macam manalah nak lalui kehidupan sehari-hari dengan orang gila macam Hadi tu. Huh! Yasmin melepaskan keluhan berat. Tapi sebelum ni aku boleh je kan handle Hadi tu. Kenapa nak takut sekarang pulak ya. Ahh peduli apa kau laki aku ke siapa sekarang.. Hei.. ni Yasmin daaa...
Yasmin tersenyum seorang diri di depan cermin. Tiba-tiba senyuman dia bertukar menjadi wajah kengerian mendengarkan loceng pintunya berbunyi. Itu menandakan.. Tidak!!!

0 comments:
Post a Comment