BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Korang carik ape tu arr??

Wednesday, February 9, 2011

Cinta Gila 7

BAB 7

“Good morning princess. Lena tidur sebelah abang malam tadi?” opss..macam mana aku boleh terlajak tidur sampai pukul 10 pagi ni. Ni mesti kes lewat lena malam tadi. Mana taknya dekat subuh baru aku rasa lali. Yang Hadi ni satu berabang-abang dengan aku akhir-akhir ni apa kes. Gila meroyan apa.

Aku menggosok-gosokkan mata yang perit melihat sinar cahaya pagi. Tanpa menjawab pertanyaan Hadi aku bertanya. “Kau ada sentuh aku tak malam tadi?”

“Mana ada… Kalau ada pun, sikit-sikit je..” sambil mengangkat-angkat  dua-dua keningnya dan mengurut-ngurut dagunya yang tak berjanggut itu.  Dia buat senyum miang lagi.

“Kau…!”  jari telunjukku tepat ke muka Hadi.

“Nape? Nak tolong korekkan hidung aku ke?” terbahak-bahak Hadi ketawakan aku.

“Ish kau ni kan. Pengotor tau.” Aku segera bingkas dari katil mencapai tuala. Hadi tersengih memandangku.

“Cepat sikit mandi tu. Kita nak check out dah ni.” sempat lagi dia berpesan.

Setelah check out dari hotel mewah itu, aku dan Hadi pergi ke asramaku. Mengangkut semua barang-barangku untuk di bawa ke rumah baru kami.

Azila tersenyum melihat kebahagiaan teman baiknya bersama suami.  Walaupun kekadang hatinya terasa kesunyian kehilangan aku yang selalu menceriakan hidupnya.

Sebelum pulang  ke rumah sendiri, Hadi singgah di kediaman keluarganya mengambil barang-barangnya seperti baju dan beberapa keperluan harian.

”Abang Hasrul pun cuti juga hari ni?” aku menegur Hasrul, abang iparku yang sedang khusyuk membelek fail ditangan.

”Eh, Min. La.. tak perasan tadi. Kerja, balik jap amik barang. Esok abang outstation. Pergi Australia ada kursus kat sana.  Min nak apa-apa ke. Boleh abang belikan. ”

Aku yang memang dari dulu lagi mesra dengan Hasrul berbual rancak sampai tak sedar bertempuk tampar dengan abang iparku.  Tidak sedar dengan kehadiran Hadi di sisi, aku cepat-cepat bangun.

Hadi masam mencuka. Pantas tanganku di rentap keluar dari rumah tanpa sempat memberi salam pada mama dan abang iparku.  Hasrul tercengang melihat kelakuan Hadi.

”Bukan main lagi mesra dengan abang Hasrul.”  Hadi yang dari tadi diam seribu bahasa baru bersuara setelah kami hampir sampai ke kediaman kami.

”Mesra apa pulak. Kan aku dah biasa dengan kauorang macam ni.” aku menidakkannya.

”Ye. Tu dulu. Sekarang kau dah jadi isteri aku. Jadi boleh tak kau hormat aku sebagai suami. Aku tak suka isteri aku bertepuk tampar dengan lelaki lain!” keras suara Hadi memberi amaran yang entah kali ke berapa.

”Walaupun dengan abang kandung kau sendiri?” aku menjadi hairan.

”Ya!” Hadi bertegas lagi.

”Oo..kau cemburu ya?” aku cuba mengusik Hadi. Wajah Hadi masih tegang.  Kereta yang dibawa laju cukup membuat aku faham.  Kerana itulah kebiasaan Hadi apabila marah.  Mesti melepaskan perasaan pada keretanya.

”Yes i am. Puas?” pengakuan yang cukup ikhlas dari Hadi. Aku melemparkan senyuman ke tingkap kereta.  Tak mahu lagi memanjangkan cerita. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa senang dengan riaksinya itu.

Akhirnya kami tiba di perkarangan rumah yang serba indah dan cukup buat aku terpegun.  Dengan hiasan serba moden aku begitu terasa teruja.  Alahai, seronok jadi anak orang kaya ni.  Teringat aku pada kata-kata Kak Yus yang memujukku sebelum dinikahkan.

”Bertuah adik akak ni.  dapat kahwin dengan anak Tan Sri.”  terngiang-ngiang suara Kak Yus di telingaku.  

Kekadang aku akui memang rasa beruntung berkahwin dengan Hadi. Tak perlu aku bersusah payah lagi. Tengok ni sudahlah. Dapat rumah mewah. Nak harapkan diri sendiri, jangan kata sepuluh tahun lagi, dah pencen pun belum tentu dapat beli rumah mewah ni.

Aku meninjau-ninjau perhiasan perabot dan dinding di dalam rumah. Perhiasannya cukup moden sekali.  Dinding dan kebanyakan diperbuat dari kaca dan cermin.  Termasuk pagar tangga hinggalah ke pagar beranda di tingkat dua. Semua diperbuat daripada kaca.  Cukup menepati seleraku.

Hadi tidak mempedulikan aku.  Dia membiarkan aku meninjau-ninjau kawasan rumah. Ruang menonton TV ditujunya. Tubuhnya yang sasa itu dihempas ke atas sofa yang empuk lantas remote TV LCD 42 inchi itu ditekannya.

Akhirnya terkulat-kulat aku sendiri mengeluarkan barang-barang dari kereta. Semuanya aku buat sendiri. Hadi langsung tak membantu. Geram rasenya tengok kelakuan Hadi. Ikutkan hati mau je aku bertempik.  Sesedap rase je dia layan TV sorang-sorang. Taulah tengah marah. Tapi agak-agak arr.. Apa dia ingat aku ni bibik ke. Uhh!

Aduh..sakitnya pinggang.  Baring japlah. Kau nak tengok tv, haa tengoklah puas-puas jangan kacau tuan puteri nak beradu ni.  Kalau kau datang kacau aku kang, siaplah.  Sedap je dia goyang kaki kat bawah tu kan.  Aku ni dah keluar peluh jantan sampai..Haha..ada ke peluh jantan.

Baru aku nak melelapkan mata, terasa ada sesuatu merayap di telingaku. Perlahan-lahan aku buka mata kerana tidak tahan dengan kegelian itu.  Geram rasa hatiku tak terkira bila terpandang wajah Hadi yang sengih melebar. Jarinya yang baru hendak cuba menggelitik telingaku sekali lagi cepat-cepat disembunyikan.

”Isshhh!!..” aku memusingkan tubuh membelakangkannya.

”Penat?”  pura-pura bertanya khabar. Dah habis merajuklah tu. Baru nak naik jenguk aku.  Eeeiii...sengal!

”Eh..tak penat pun. Bertenaga lagi ni. Kalau kau nak suruh aku mop satu rumah ni pun boleh lagi.” Hadi tertawa kecil mendengar aku memerlinya.

”Oo..tak penat ek. Kalau macam tu aku nak kau masak makan tengahari ni ek.  Kau masak lauk ayam goreng berempah, kari kepala ikan, gulai masak lemak cili api, daging masak kicap...” saja Hadi menambahkan lagi rasa geramku.

”Ahhh..banyaklah kau punya ayam goreng berempah.  Orang penat ni tau. Kari kepala rimau kau tak nak?”  Aku sudah duduk mengadapnya.

”Laa..penat rupanya. Tadi kata kuat lagi.. Heheh..Jangan lah marah. Aku gurau jelah. Kat mana rasa sakit.  Nak abang tolong urutkan tak.”  senyum miang lagi. Eii..tak suka tau!

”Eii..tolonglah! Urut konon. Terima kasih jelah ek, aku tak perlu. Satu lagi boleh tak jangan bahasakan diri tu abang.  Gelilah.”  aku meliuk-liukkan badan menunjukkan aksi geli.

”Ok-ok. Sorry aku tak tolong kau ngemas tadi. Jom bersiap. Aku belanja makan kat luar.” eleh setakat belanja makan tak jalanla der..

”Tak moh. Nak tidur.” aku berkeras. Jual mahal la konon. Bantal peluk ku tarik ke dada.

”Janganlah macam tu. Ok, kau nak apa. Aku tunaikan.” Hadi tak putus asa memujukku.

”Ok, kalau macam tu, aku nak guna bilik sebelah ni. Boleh aku belajar dengan privacy sikit.  Lagipun aku ni selalu bangun tengah malam pukul 2, 3 pagi.  Nanti bising ke, aku pasang lampu ke kau tak selesa pulak nak tidur.” hehe..inilah masanya aku nak minta apa-apa yang susah dia nak tunaikan. Hadi mengerutkan dahi. Berfikir tentang cadangan aku.

”Aku rasa aku tak kisah kot setakat kau nak bangun belajar.  Sebab aku ni kalau dah tidur payah nak terjaga.  Pasal bilik tu tak apalah, kita boleh ubah suai jadi bilik study kau.  Tapi kau tidur jelah dalam ni dengan aku.”

Aku ketap bibir. Sakit hati kerana plan tak menjadi.  Aku masih mencari lagi seribu satu alasan.

”Ok, tapi aku ni suka study atas katil sambil baring-baring.  Kadang-kadang aku tertidur terus. Kalau aku tertidur bilik sebelah tu dan tak masuk bilik tidur dengan kau tu, faham-faham jelah ye.  Tak perlulah kejutkan aku.” kali ni mesti dia setuju punye.

”Mm..ok.”  Yes! Kan betul. Senang je nak ayat Hadi ni. Haha..lepas ni jangan haraplah aku nak tidur dengan kau.  Dah tentu aku akan buat-buat tertidur dengan timbunan buku aku kat bilik studi. Aku senyum lebar.  Tanda kemenangan. 

”Dah jom bersiap.  Kita keluar makan. Aku lapar ni. Ke kau nak masak?” Hadi memprovokku.

”Kalau kau nak rasa kari kepala rimau bolehlah..” seraya kami tertawa serentak.



Kami menuju ke KLCC.  Keluar dari kereta Hadi tiba-tiba menggenggam tanganku. Aku terkejut. Cuba untuk menarik tanganku tapi genggaman Hadi kuat.  Aku biarkan saja. Apa tujuan dia berbuat demikian aku tak pasti. Takut aku lari ke, atau nak tunjuk romantik, atau ada sesuatu yang tak kena dengan Hadi petang ni.  Yang pasti aku perasan ada seorang wanita ala-ala model memadang tepat ke arah kami. Siapa perempuan tu?

Tanpa mempedulikan kehadiran wanita itu, Hadi menarikku menuju ke lif. Akhirnya kelibat wanita itu pun hilang.  Kami pun meneruskan langkah meninjau-ninjau segala macam barang-barang yang terpamer didalam bangunan itu untuk jualan.  Dari kedai perhiasan, beg, kasut sampailah ke pakaian.

Beberapa pasang baju dan juga sandal telah Hadi pilih untukku. Macam biasalah ada saja yang tak kena dengan pilihan hati aku di mata Hadi.  Sebab memang dari dulu kami berbeza.  Memang tak sebulu dan tak sejiwa.

Aku pilih baju warna biru, dia pilihkan aku warna pink, aku pilih kemeja besar dia pilihkan blous yang ketat. Biar mengancam sikit katanya.  Tak habis setakat itu aku pilih sneakers dia pilihkan sandal tinggi 3 inchi.  Tapi aku turutkan jua pilihannya kerana yang nak membayarnya adalah dia.  Orang nak belanjakan. Terima jelah.  Pakai tak pakai tu cerita nombor 2.

”Dahlah. Cukuplah tu kalau ye pun kau nak sogok aku. Banyak dah ni.” aku cuba berdalih kerana melihat Hadi tak berhenti-henti memilih pakaian aku.  Apa kena dia ni.  Asyik beli baju aku je.  Baju dia tak beli pulak.

”Kau ni tak reti nak bersyukur.  Suami punya baik nak belanja pun kau tolak.” Hadi menjelingku. Geram agaknya dengan aku yang banyak songeh.

”Bukanlah macam tu. Dah banyak ni. Semua aku punye. Kau tak beli apa-apa pun untuk kau.” aku tak berhenti mengomel.

”Aku punya bila-bila masa boleh beli.  Pakailah baju yang aku beli ikut taste aku pulak sekali sekali. Kau ni simple sangat. Teringin jugak nak tengok kau pakai baju-baju macam ni pulak.  Duduk kat rumah tu cubalah melaram sikit.  Jangan nampak serupa macam bibik je.” aku membulatkan mata. Bibik dia panggil aku? Amboi..taulah awak tu pandai bergaya. Huh!!

Tapi memang betul pun. Kalau kat rumah, track suit dan t-shirt jelah yang sentiasa aku sauk. Jangan harap aku nak melaram kat rumah. Kalau ikutkan memang aku ni simple sangat orangnya. Kuar jalan-jalan pun cuma berkemeja dan jeans. Baju ketat-ketat ikut body ni tak pernah wujud dalam almariku. 

Dalam dok mengomel tak berhenti tu kami pun sampai ke bahagian pakaian dalam wanita. Aku tercengang. Err..macam mana ni. Takkan sampai baju kecik ni pun kau nak tolong belikan. Tak perlu rasanya..err...aaa..eeiii..alamak dia tarik aku masuk pulak.

”Eh, aku laparlah. Jom makan.” aku mencari alasan untuk keluar dari bahagian itu.  Hadi memandangku. Dia nampak mukaku yang serba-salah.  Merona merah dah macam berjemur kat tepi pantai.  Apalagi, terus dia buat senyum miang.

Tanpa mempedulikan aku, dia membelek-belek pakaian tidur yang serba jarang tergantung di patung itu.  ”Hmm..cantiklah.  Aku nak kau ubah fesyen pakaian tidur kau lepas ni. Jangan asyik pakai seluar trek suit je macam gaya orang nak pergi joging. Rimas aku!”

Aku menjeling kearah Hadi. Geram di perli sebegitu. Alah ok apa, daripada kau tu tidur pakar boxer jer. Buatnya ada gempa bumi, tak sempat nak capai baju.  Eii malu je.

Aku memandang ke arah lain. Nak pandang patung tu pun aku naik segan.  Apalah Hadi ni. Takde kerja lain. Nak kenakan aku lagi la tu. Aku jadi malu sendiri melihat baju tidur yang dah tak layak digelar baju.  Mana tidaknya hanya ada tali dah kain jarang.  Serupa tak pakai baju.  Baik suruh aku berbogel je terus kalau kena pakai baju macam ni.

Eiii...bencinya rasa macam ni. Mak, tolonglah selamatkan aku. Sape-sapa yang baik hati tolonglah tarik tangan aku pergi dari sini.  Haru sungguh aku rasa kena bertahan kat sini dengan mangkuk ni. Nak tambah haru lagi dia mengacu-acukan baju–baju tidur tersebut di badanku.

”Mmm..i think this is suit for you dear.”  Hadi menghalakan baju maha jarang dan seksi berwarna pink itu ke arahku.

“Eh, kau serius ke nak aku pakai ni. Tak maulah. Gelilah. Daripada kau suruh pakai baju ni yang dah tak serupa nak macam baju ni, baik kau suruh aku berbogel je terus.” aku menghentakkan kaki. Malu dah bertukar geram.

”Ha, kalau kau sanggup aku lagi suka.” sepantas kilat satu cubitan kecil singgah di lengan Hadi.  Hadi mengaduh kecil sambil ketawa.

Tanpa mempedulikan aku, Hadi meminta jurujual berbangsa cina itu membungkusnya.

”Amboi Yasmin, shopping baju tidur ke. Aku perhati je dari jauh. Romantik betul.” Belum sempat aku nak beri penjelasan pada Azila, Hadi mendekati kami setelah  membayar bil.

”Eh, Zila. Sorang je?”  Hadi menegur.

”Eh, taklah, satu kampung aku bawa. Tak nampak? Hehe..tak adalah, ni aku dengan kakak aku. Dia gi toilet jap. Aku tunggu dia tadi, ternampak pulak adegan romantik kat sini.”  Azila tersenyum simpul.  

”Amboi cik abang, minta bini berseksi meksi ke..” usik Azila lagi.

”Eh biasalah orang ada laki kenalah pakai macam ni.” Aku mencegilkan mata mendengar jawapan Hadi. Tak sempat aku nak menyampuk.

”Err...kau orang berdua ni berborak buat aku macam patung pulak ye. En. Hadi Bushra Tan Sri Hamid, untuk pengetahuan awak, saya takkan pakailah baju yang awak beli tu. Jangan nak berangan.”  aku mula menyerang. Sakit rasa hati dipermainkan macam aku ni tak wujud kat depan mereka.

Serentak Hadi dan Azila ketawa.  Namun tawa Azila tak panjang kerana kakaknya sudah sampai dan mengajaknya beredar. Begitu juga dengan kami.  Beredar menuju ke lif keluar.

Sampai di parkir kereta, ”Kita singgah kat pasar raya area rumah ek. Beli barang dapur.”
Aku buat muka toya.  Kena jalan lagi ke. Aduh..lenguh dah ni.

Hadi memberhentikan kereta setibanya di pasar raya yang dimaksudkan. Parking berhadapan pintu masuk itu di tujunya.

Keluar saja dari kereta, dengan spontan Hadi memeluk pinggangku.  Geli geleman rasanye. Aku cuba mengelak tapi Hadi berkeras. Terpaksalah juga aku buat-buat selamba walaupun rasa kekok. 

Eiii Hadi kau ni buang tabiat ke apa, peluk-peluk aku depan orang ramai. Kalau kawan-kawan aku yang lain nampak tak ke naya. Apa aku nak jawab. Tadi nasib baik jumpa Azila je.

Sebuah troli kosong disorongnya kedalam pasar raya itu. Aku hanya mengikutinya. Habis semua segala macam sayur, ikan,ayam, daging, udang, sotong dia borong. Ni nak wat kenduri ke apa. Ko ingat aku ni terror sangat  memasak ape.  Habis semua dia angkut.

”Dah lah tu Hadi. Penuh dah troli ni. Kau nak suruh aku masak semua jadah ni?” aku garu kepala.

”Yelah, tuan puteri oi. Takkan aku beli nak wat perhiasan pulak.” selamba Hadi menjawab. Aku naik pening melihat sayur dan ikan-ikan yang separuh darinya aku sendiri pun tak tau apa namanya.

”Dah jom bayar.” aku menarik troli itu dan membawa ke arah kaunter bayaran. Bimbang kalau aku biarkan satu pasaraya dia borong nanti. Hadi tersengih.

Aku mengambil alih pula kerja menyorong troli. Dengan susah payah, troli yang berat dan sarat muatan itu aku dorong ke kereta. Hadi membuka bonet kereta. Sambil memunggah barang masuk ke bonet, aku sempat membebel.

”Kau beli banyak-banyak ni, kalau aku masak kau makan tak habis siap kau.” aku mengugut.

”Kalau kau masak sedap, lebih dari ni aku boleh habiskan.”

”Amboi perut macam tong dram.”

”Ewah sedap kata orang tong dram.”

”Yelah kalau macam ni banyak kau boleh habiskan. Aku rasa lauk ni cukup wat kenduri ajak sekampung tau.”

”Aku bukanlah suruh kau masak sekali gus sayang oi.” Hadi sempat memicit hidungku.
Aku tak berjaya mengelak. Kami sama-sama ketawa.

Cukup layak dikatakan pasangan bahagia jika melihat keadaan mereka saat itu. Tanpa mereka sedar, sepasang mata yang memerhati mereka dari tadi masih mengekori.

Tuesday, February 1, 2011

Cinta Gila 6

BAB 6

Buku rujukan setebal 3 inci di depan meja kurenung kosong.  Berligar-ligar kejadian pagi tadi semasa Hadi menghantarku ke kolej.

”Eh, nak blah macam tu je ke.  Lupa dah apa kau kena buat.” Aku yang terkejut mendengar teguran Hadi segera menarik tangannya dan mencium.

Hadi dengan pantas juga menarik kepalaku lalu cup! Satu ciuman singgah di dahi. Belum sempat aku menarik kepala, dia sempat berbisik di telingaku.  Ni syarat pertama kau sebagai isteri aku. Mulai hari ni, ini adalah rutin hidup kau. Setiap kali nak keluar atau pulang jumpa aku, kau perlu bersalam cium tangan aku.

Aku pantas menarik kepalaku. Bimbang lama-lama begitu. Aku tidak risaukan syarat Hadi yang satu ini memandangkan ia cuma satu permintaan kecil yang bisa aku tunaikan.  Yang merisaukan aku adalah Hadi sering menciumku di kawasan kampus.  Walaupun ciuman itu hanya singgah di dahi cuma.

Risau dengan mata-mata yang memandang. Apa kata mereka nanti. Ada lagi 3 tahun aku perlu berada di kolej ni. Dan takkan selama 3 tahun ni aku perlu hidup menyorok macam pesalah.  

Dan memang seperti yang kujangka bila Hadi berlalu sahaja ramai kawan-kawan yang mengenaliku memandang dengan wajah pelik. Kalau pelajar lelaki tu siap bersiul-siul memerli dengan tingkah lakuku.

Sikuan Azila menghilangkan lamunanku.

”Terkejutnya aku.” Yasmin mencegilkan mata ke arah Azila.

”Jauh berangan. Teringat kat suami ke.  Ke pagi ni mandi sebilik lagi?” tawa besar Azila memecah kesunyian.

Teringat aku peristiwa semalam waktu Hadi yang macam dah bengang sangat dengan aku.  Mandi depanku tanpa mempedulikan aku ada didalam bersamanya. Walaupun dia mandi berseluar dan tidak memandang ke arahku, aku masih berasa malu.  Yelah mana tak malu, ni kali pertama aku tengok lelaki mandi. Duduk sebilik dalam bilik mandi pulak tu. Mau tak malu.  

Walaupun dia dah sah jadi suami aku masih rasa malu melihat Hadi membuka baju. Selama berkawan Hadi tidak pernah seseksi itu. Aku tersenyum lagi.

”Mana ada. Hari ni ok dah. Cuma aku rasa tak sedap hatilah Zila. Tiap-tiap pagi Hadi hantar aku ke kolej. Dia minta aku salam cium tangan dia. Dia cium dahi aku. Depan orang ramai pulak tu, aku bukan apa, kau kan tau budak-budak sini mana tau status aku. Aku takut dia orang salah faham.  Ni pun ada suara-suara sumbang perli aku.”
Aku meluahkan perasaan pada Azila.  Pada dialah aku meluahkan rasa tidak puas hati setiap kali aku ada masalah.  Dialah saja sahabat susah senangku.

”Pedulikanlah Min, selagi kau tak buat salahkan. Peduli apa kat diaorang. Susah-susah kau bagitau je diaorang kau dah kahwin.”

”Kau cakap senanglah Zila. Kalau aku mengaku kahwin ada ke yang nak percaya. Silap-silap haribulan diaorang cop aku kahwin kena tangkap basah. Yelah kawin segera. Tak berjemput.”

”Ha tulaa, dulu mak mertua offer nak buat majlis kahwin besar-besaran jemput semua kawan-kawan, bagi syarat tak nak jemput ramai orang. Jual mahal. Tak fikir panjang.  Ha, sekarang siapa yang susah.  Kau jugakkan.”

”Dah-dah. Kalau kau nak membebel baik tak usah.” Yasmin menutup telinga. Pantang kalau ada orang nak membebel.  Dia cukup alergik.

”Eh pukul berapa dah?” Jam tangan ditilik. ” Mak oi dah pukul 2 suku ni. Aku janji suruh Hadi jemput aku pukul 2. Masak aku. Ok Zila aku cau dulu”

Zila yang terpinga-pinga ditinggalkan sendirian akhirnya tersenyum melihat Yasmin.  Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah temannya itu.

Kereta Hadi sudah terpacul depan pagar. Aku segera meloloskan diri ke dalam kereta. Belum sempat aku nak menutup pintu kereta, Hadi memecut laju. Aku tau. Tentunya kerana kesalahan aku yang terlewat tiba.

”Kau ni memang nak kena dengan aku ye.” Hadi seakan-akan mengugut.

Aku memandang Hadi. Berkerut keningku kerana tak dapat menangkap maksud Hadi.

”Apa maksud kau?”

”Maksud aku, kau ni dah berapa kali aku warning jangan buat aku menunggu tapi kau still buat kan.  Aku nak hukum kau malam ni.”

”Hukum? Hukum apa?”

”Tu terpulang pada mood aku malam ni.”

”Macam mana bentuk hukuman yang aku nak kenakan tu, kau terima jelah. Pengajaran buat kau supaya kau tak lupa lagi dengan pesanan aku.”

”Alah macam aku takut.” Butir suara Yasmin dengar tak dengar. Menggumam sendirian.

”Apa kau cakap?” Hadi mencerlang matanya. Bukan dia tak dengar kata-kata aku tadi.  Saja dia mahu aku mengulangnya dengan jelas. Pura-pura pekak badaklah tu.

”Err..takde apa, aku kata aku sanggup terima hukuman dari kau. Yess Boss!!”
Sambil mengangkat tangan tabik spring. Eh apa aku cakap ni. Karang dia minta yang bukan-bukan mati aku.  Eii kau ni Yasmin selalu tak sayang mulut. Aku mengetuk-ngetuk kepalaku sendiri.

”Ha, dah tu kenapa pulak?  Takde kerja lain dah nak ketuk kepala sendiri?”

”Heheeee..” Aku tersengih macam kerang busuk. Pusing ketingkap kereta. Mengalihkan muka dari dipandang Hadi lagi. Hadi sudah tidak mempedulikan aku. Dia meluncur laju ke arah penginapannya.

Seperti biasa setelah menghantar Yasmin pulang ke hotel dia akan terus pulang semula ke pejabat.

Usai solat zohor Yasmin merebahkan badan di sofa. Sejenak dia terlintas peristiwa dimana buat kali pertamanya tidur sekatil dengan Hadi.  Puas dia mendesak Hadi berterus terang sama ada dia telah diapa-apakan barulah Hadi cerita keadaan sebenarnya.

”Hadi bagitau kat aku please..aku janji aku tak cuba tak melawan kau, dengar cakap kau dan buat apa je yang kau suruh lepas ni.”

Hadi tersenyum puas mendengar pengakuan Yasmin. Dia tau Yasmin betul-betul risau dengan perkara ini. 

”Ok, kalau kau janji ikut apa yang aku nak pas ni, aku bagitau. Janji?”

”Janji.” janji kelinking bersatu tanda janji termeterai. Janjilah sangat. Macamlah janji aku ni boleh dipakai.

”Sebenarnya malam tu lepas aku keluar amik baju kau, aku ingat nak keluar dengan Shahz. Dia ada emergency nak minta tolong aku. So aku ingat tak sempat nak balik. Last minit dia call semula kata dah ok.  Aku pun baliklah. Aku pun dah penat giler time tu. Mana larat aku nak buat apa-apa kat kau. Aku mengantuk sangat.  Tengok kau ada kat sebelah pun aku pandang sebelah mata jer. Kalau tak sebab aku penat sangat time tu, mungkin jugak kau tak selamat.”

”So kau memang tak buat apa-apalah pada aku malam tu? Sumpah?”

”Ye, memang aku tak usik. Ok!. Memandangkan kau dah janji nak buat apa saja untuk aku, mulai hari ni aku nak kita tidur bersama. Maksud aku, aku tak nak kau tidur kat katil special kau tu. Tidur je sama-sama dengan aku. Aku janji tak apa-apakan kau selagi kau belum ready. Kau nak taruk bantal sepuluh biji kat tengah-tengah katil pun takpe sebagai pemisah kita. Yelah aku takut jugak aku terpanjat atas kau time tidur. Manalah sedar kan.”  haa, amikkau Yasmin. Padan muka. Siapa suruh kau gatal-gatal buat janji manismu. Mak..aku tak nak tidur dengan mangkuk ni..

”Err..minta benda lain tak boleh ke.” aku masih minta berkompromi.

”Boleh, kalau kau tak nak tidur dengan aku, aku nak kau layan aku sebagai suami yang betul-betul suami. Maksud aku jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri.” dahhh...tu lagi parah. Ahh, bolehlah dengan permintaan pertama tu. Bukan susah sangat. Kalau dia nak buat apa-apa pun bukan aku tak boleh melawankan.

Bermula episod baru dalam hidupku, mulai malam itu aku tidur bersama Hadi walaupun berlonggok bantal di tengah-tengah kami. Dan aku juga memakai baju beberapa lapis sebagai protection.  Kalau apa-apa berlaku sempatlah aku sedar. Hihiii.. Nasib baik ada air-cond. Kalau tak mesti berpeluh aku pakai baju tebal-tebal nak tidur.

Hadi pulang awal hari ini memandangkan dia ingin membawa aku pulang kerumah papa dan mamanya. Aku yang sedang menonton TV segera berlari ke arah pintu mendengarkan loceng dibunyikan.

”Pandai pun buka cepat. Assalamualaikum.”
”Waalaikumussalam. Awal kau balik.”
”Mm.. Kita nak pergi rumah papa dan mama ni. Kau bersiap-siaplah.”

Aku yang baru teringat perbincangan malam tadi terus masuk ke bilik dan mandi sebelum memilih baju yang sesuai untuk bertandang ke rumah mertua setelah bergelar isteri.


EH, awal kamu datang Min, Hadi. Papa tak sampai lagi ni.”  Puan Sri Zalia yang kini ibu mertuaku menyambut kedatangan kami dengan senyuman manisnya.

”Oh ye ke mama. Tak apalah boleh lepak kat rumah dulu. Bosan dah menginap kat hotel.” Hadi menjawab.

”Mm, yelah. Jom kita masuk dulu. Min, ikut mama ke dapur jom. Tolong mama masak malam ni. Bibik amik cuti hari ni. Lagipun mama rasa nak masak sendiri malam ni.” alamak kena tolong masak ke. Huhuuu..aku tak berapa master bab masak memasak ni.

”Baiklah makcik, eh mama..” Aku tersasul kerana tidak biasa dengan panggilan baru itu.  Puan Sri Zalia hanya tersenyum memandang aku.

Malam berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar jam dah pukul sembilan malam. Kami semua berkumpul di ruang tamu. Mama, papa, aku dan Hadi. Abang Hadi, Hasrul nampaknya tidak kelihatan. Maklumlah kerja sebagai arkitek sudah semestinya menuntut masa yang panjang untuk bekerja.  Tambah pula dia sedang usaha gigih menambah pengalaman dan ilmu demi membuka syarikatnya sendiri suatu hari nanti. 

”Nah kunci rumah baru kamu.” Tan Sri Hamid menghulurkan sejambak kunci rumah ke arah Hadi.

”Papa dah belikan kamu sebuah banglo di Cheras. Alamatnya ni. Esok bolehlah kamu pindah kesana.” sekeping fail nipis dihulur ke arah Hadi.

Hadi membelek-belek fail itu. Ada geran rumah dan dokumen-dokumen lain berkait dengan rumah itu. Aku mencuri pandang.  Nama aku dan Hadi sebagai pemilik rumah banglo tersebut.

”Dah duduk rumah baru tu jangan pulak lupa singgah rumah mama papa ni sekali-sekala. Kamu tu Hadi slow-slow la usahakan bagi mama dan papa ni cucu.  Mama rasa Yasmin tak ada masalahkan kalau ada anak tengah belajar ni. Mama boleh jagakan nanti.”

Pesan Puan Sri Zalia memeranjatkan aku. Merah padam muka ku. Perlahan-lahan aku mengangguk. Hadi yang dari tadi tersenyum kambing makin lebar senyumannya.

”Insyaallah mama, papa. Tak lama lagi dapatlah cucu tu. Hadi target paling lewat pun tahun depan mama dan papa dapatlah merasa timang cucu.”

Janji Hadi pada mama dan papanya sekali lagi membuatkan aku terpana. Puan Sri Zalia dan Tan Sri Hamid yang perasan dengan perubahan wajahku cuba mangalihkan topik. Faham aku malu membincangkan perkara itu. Maklumlah pengantin  baru.

Puas berbual-bual dan bergelak ketawa bersama mereka, Hadi mengajak aku pulang ke hotel dengan alasan untuk mengemas barang-barang untuk pindah esok.

Masuk ke kereta, bertubi-tubi peluru cubitanku menyinggah dilengan Hadi.  Mengaduh-ngaduh Hadi tak berhenti.

”Eh apa ni main cubit-cubit pulak. Kalau ye pun tak sabar nak bergurau dengan abang, tunggulah masuk dalam bilik.” Hadi masih mengusik. Faham kenapa aku mencubitnya. Ni semua sebab dia berjanji nak berikan cucu pada mamanya tahun depan. Mau aku tak naik hantu.

”Tolong sikit ek. Bergurau dengan ’Abang’? ”aku mengejek panggilan abang yang disebut Hadi sambil menaikkan dua jari.

”Yelah dah tu main cubit-cubit lak dalam kereta ni.” aku menarik muncung sedepa kerana tak henti diusik Hadi.

”Kau memang nak kena kan Hadi. Memandai je kata kita nak dapat anak tahun depan. Kot ye pun ko nak bohong mak kau tu agak-agak ar. Kalau kau boleh buat syarat, aku pun nak buat syarat dengan kau. Aku takkan mengandung selagi aku tak habis belajar. Dan lepas aku habis belajar pun aku akan cari kerja dulu sampai aku rasa kewangan aku dah stabil. Ha..time tu, baru aku akan fikirkan. Titik”
”Banyaklah kau punya stabil. Nak tunggu kau stabil, dan monepous dulu.” Hadi menjeling.

”Ahh, dah arr cakap dengan kau ni esok pun tak sampai rumah. Dah gerak sekarang!” arahku. Garanglah kunun.

”Eleh, arah-arah orang ingat aku ni driver ke?” Hadi merungut.

”Dah memang pun.” sempat aku mengumam sendiri. Perlahan tapi masih boleh didengar.

”Apa kau cakap?”

”Ah! Dah bawak kereta tu.”

Tiba di hotel aku berkemas semua barang-barang yang tak seberapa. Memandangkan aku pun tiada kelas esok, Hadi minta cuti dan mengajak aku pindah ke rumah baru.  Barang-barang di asrama, aku dah minta Azila tolong kemaskan separuh.

”Dah siap kemas?”   Hadi menghampiri aku. Aku tersentak kerana terkejut melihat Hadi yang telalu hampir di belakangku. Perlahan-lahan aku mengangguk. Risau dengan gerak geri Hadi.

”Kau ingat tak kesalahan kau siang tadi?” aku menggeleng-gelengkan kepala. Ligat otakku berfikir. Namun sel-sel otakku belum berhubung untuk mengingati perkara yang dimaksudkan Hadi.

”Oo..lupa ya. Bukan aku ada cakap ke malam ni aku nak hukum kau sebab kau dah buat aku menunggu lagi untuk kali yang keberapa.”

Air liur kutelan. Ya! Sel-sel otak telah berhubung. Ya Ampun. Mati aku kali ni. Aku ingatkan Hadi juga dah terlupa perkara tu macam aku. Macam mana dia boleh teringat lagi ya.

Wajah kami hampir bersentuhan. Satu ciuman singgah di dahi. Kali ini lama sekali. Aku lemas diperlakukan begitu. Perlahan-lahan bibir Hadi turun menyinggahi pipiku. Lalu beralih ke mata. Aku semakin menggigil. Dalam hatiku tak berhenti memohon agar Hadi tidak hilang kawalan.

Aku cuba merenggangkan mukaku.  Namun Hadi dengan pantas memegang kepalaku supaya tidak berinjak darinya.  Sedaya upaya dia cuba untuk mencium bibirku tapi tak berjaya.

Kalau inilah hukuman yang Hadi beri padaku, aku mohon dia tukarkan. Aku lebih rela kena basuh baju dia tanpa mesin basuh selama sebulan walaupun aku memang malas basuh baju. Aku rela kena tunggu dia sejam lebih awal sebelum dia sampai menjemputku. Aku lebih rela kena tidur dalam bilik mandi dan aku rela segala-galanya selain dari dihukum begini.

”Hadi..jangan Hadi. Please” Aku cuba meloloskan diri namun gagal.

Pap! Satu penampar singgah di pipi Hadi. Sekuat hati aku menamparnya.  Hadi tersedar.

”Kau melampaulah.  Hari tu kau janji tak nak apa-apakan aku kalau aku belum bersedia. Macam ni ke kau nak hukum aku. Kalau kau cuba apa-apakan aku lagi aku buat report polis.” Hadi tergelak besar mendengar ugutan aku yang baginya tak masuk akal.

”Kenapa? Kau nak buat report kata aku nak rogol kau? Hahaha..mana ada istilah suami rogol isterilah. Kau jangan nak merepek boleh tak. Aku suami kau. Aku ada hak dan sah untuk lakukan apa sahaja pada kau. Atau kau nak lapor pada Pejabat Agama kata aku paksa kau layan aku.  Diaorang pun gelak je dengar kau punya aduan.  Silap-silap gaya kau yang kena balik sebab tiada alasan kau nak menolak aku. Kau dalam keadaan suci, waras, sihat, kenapa tak boleh layan suami?”

Terpisat-pisat aku nak menjawab.  Sudahnya aku pun terdiam. Nak tunjuk kuasa veto la tu. Menyampah!

”Kenapa diam. Tak betul ke apa aku cakap.” aku diam lagi. Bimbang kalau Hadi tertindak ganas lagi. Hadi menghampiriku.

Kali ni aku cuba melarikan diri tapi terjatuh pula atas katil. Ish katil ni macam tau-tau je Hadi nak wat apa kat aku. Berpakat ye. Elok pulak aku jatuh terlentang atas katil. Hadi apa lagi, laju menerkamku. Badanku ditindih. Tanganku dicengkam kuat.

”Aku nak kau cium aku dulu. Kalau kau tak nak, aku yang akan cium kau.”

”Ah! tak nak aku. Macam mulut dia tu wangi sangat. Kot ada perisa strawberi ke takpe gak. Uwekk!!” aku menjolok-jolok jari ke dalam mulut.

”Eh, belum buat lagi dah nak muntah-muntah. Hebat ni.”

”Banyakla kau punya hebat.” satu tendangan singgah di perut Hadi.

”Aduh. Mak oi bini aku ni pompuan ke laki. Ganasnye. Habislah abang malam nanti.”
Miang tak habis-habis.

”Ko jangan berlakon macam lelaki gile seks boleh tak. Merenyam bulu roma aku.”

”Hahahaha...” Hadi tergelak besar.

”Dah kau jangan nak ubah topik. Hukum tetap hukum. Malam ni kau kena teman aku tidur tanpa letak bantal kat tengah-tengah. And one more thing, malam ni kau tak boleh pakai uniform tido ko yang setebal 10 inci tu. Pakai baju tidur biasa je. Lagi seksi lagi bagus. Kalau kau tak nak, maknanya kau memang nak kena dengan aku malam ni.”  aku memuncungkan mulut. Hish dia ni kalau akal nak kenakan aku tu panjang jer. Sakit hati.

Baju apa aku nak pakai. Ahh,sauk jelah baju batik kelawar tu. Tu dah kira ok apa.

Maka malam itu, aku memberanikan diri untuk tidur di sebelah Hadi. Itupun setelah puas bertekak dan berjanji bagai dengannya. Yakin yang dia tak apa-apakan aku barulah aku setuju.  Sumpah! Pasni aku tak mau lewat lagi.

Wahai malam..cepatlah kau bertukar siang!

Cinta Gila 5

BAB 5

Tepat pukul 3 seperti yang dijanjikan kereta Hadi memang terpacak di depan pintu pagar.

Over gila dia ni. Parking depan-depan pagar. Hee..buat malu aku jer. Dah tu buat muka cemberut. Baru lambat 5 minit.

”Assalamualaikum.”  Aku menghulurkan tangan.  Ingin bersalam dengan Hadi. Mengambil hatinya. Aku tau kalau tadi aku dah kena sound masa nak keluar kereta nikan pulak baru jumpa kalau aku tak bagi salam confirm aku kena lagi.

”Hmm..” Hadi hanya mengangguk dengan muka masam. Menghulurkan tangan lantas laju meninggalkan perkarangan kampus.

”Lambat 5 minit.” Hadi bersuara setelah tiba di lampu isyarat pertama.  Aku yang dari tadi mendiamkan diri memandangnya.

”Maaflah, aku jumpa lecturer tadi.”  Aku buat-buat muka sedih.

”Ok, kali ni aku terima.  Tapi malam ni ada benda aku nak bincang dengan kau.” Aku diam. Malas bertanya.

Tiba di hotel tempat kami ’berbulan madu’ aku terus masuk menuju ke lif.  Hadi meninggalkan aku kerana dia perlu bergegas ke pejabat semula.

Sampai tingkat 6 aku mencari bilik VIP no 1032.  Membuka pintu dan meloloskan diri ke dalam bilik serba mewah itu.

Aku terfikir-fikir apa yang berlaku sepanjang hari ini. Teringatkan renungan tajam Maria. Sampai bila aku nak berahsia tentang perkahwinan aku ni. Aku makin rasa menyesal kerana meminta perkahwinan aku dirahsiakan sehingga menjerut leherku sendiri. Kalaulah aku terima pelawaan ibu mertuaku untuk menjemput semua teman-temanku tak perlulah aku dipandang sinis begini.  Kalau aku tiba-tiba cerita aku dah kahwin mesti dia orang tak percaya.  Tak kan aku nak kena buat press conference pulak.  Macamlah aku ni artis. Hikhikhik…aku tertawa sendiri.

Sambil merehat-rehatkan diri di katil aku terlena.

************************************************************************


HADI serius memandang kertas kerja yang dibawa oleh setiausahanya.  Dia perlu cepat menghabiskan kerja.  Sekarang dia tidak boleh lagi balik lewat malam macam dulu.  Sekarang dia dah punya tanggungjawab baru. Perlu pulang awal menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Suamilah sangat!

Jam tangan ditilik.  Baru pukul 4.20 petang . Ada hampir lagi sejam dia perlu menghabiskan masa di pejabat. Setiausahanya hairan memandang Hadi yang dari tadi tak habis melihat jam.

”Err..En Hadi, pukul 5.30 nanti Tan Sri Hamid nak jumpa.”  Hanith bersuara.

”Tan Sri nak jumpa? For what? Ada dia bagitau kat u dia nak discuss pasal apa-apa?”

Hadi mula tak senang duduk mendengarkan setiausahanya memberitahu arahan dari papanya untuk berjumpa selepas waktu pejabat.  Adui papa ni nak apa lagi.  Aku nak balik awal hari ni. Kacaulah.

No, En Hadi. He didn’t tell me anything.  Mmm.. Sorry for asking, kenapa En. Hadi nampak gelisah  je hari ni. Macam nak kejar masa je.  En. Hadi ada masalah ke. Boleh saya bantu?” Hanith dalam takut-takut cuba memberi cadangan.

”Emm..no it’s personal matters err but yes. If you don’t mind boleh awak tolong bagitau Tan Sri saya ada hal nak balik awal. Nanti apa-apa saya call dia. Ok?”

Hanith mengangguk tanpa bantahan.  Dan itu yang membuatkan Hadi menyenangi kerja Hanith.  Dia banyak menurut dari membantah. 

Telefon bimbit Hadi bernyanyi riang lagu Senyum nanyian Malique. Dia mencapai handphone tanpa memandang nama pemanggil.

”Hello bro. Busy ke petang ni. Jom kopitiam kat tempat biasa”  Shahzly menyapa dengan ceria melalui corong telefon bimbit.

”Oh, kau Shahz. Aku ada hal petang ni. Sorryla bro. Minggu ni aku busy sangat-sangat.  Kena balik rumah awal.”

”Hah? Kau betul ke ni Hadi..macam tak percaya je dengan apa yang aku dengar. Kau nak balik rumah awal? Macamlah ada bini tunggu kau kat rumah tu”

Ya, memang aku dah ada bini Shahz. Kalaulah kau tau perkara yang satu ni mesti kau gelakkan aku.  Kahwin muda. 23 tahun dah jadi suami orang. Entah-entah tahun depan kalau aku berjaya buat Yasmin mengandung aku dah jadi ayah. Huhuuu..

”Err..aku ada kerja sikitlah bro. Maybe next week aku dah settle problem aku, aku call kau ek.  Sorry ar aku tak dapat join petang ni.”

It’s ok. Takpe lah kalau macam tu. Jumpa nanti. Tak sabar rasanya nak jumpa kau ni. Macam ada berita hot jer ni.hahaha..” Shahzly yang macam dapat mengagak apa yang berlaku ketawa besar.

Diam tak diam jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang.  Hadi bergegas meninggalkan biliknya.  Tiba-tiba dia terserempak dengan papanya.

”Eh. Laju je Hadi. Amboi sejak ada bini ni dah tak boleh nak stayback 10 minit ke sembang dengan papa kat office ni.”

Hadi tersenyum simpul kerana malu ditegur begitu. Nasib baik tiada pekerja lain di situ.

”Erm bukan macam tu papa. Saya ada janji dengan Yasmin.”

”Oh. Takpelah kalau macam tu. Ada masa nanti balik rumah. Papa dan mama ada benda nak discuss pasal tempat tinggal kamu.”

”Oo.. ok Pa. Esok ke kalau free balik kerja Hadi bawa Yasmin sekali ek.” Tan Sri Hamid mengangguk.

”Balik dulu Pa.” Hadi meminta diri.

Hadi buru-buru menuju ke keretanya.  Bagaikan ada temujanji penting yang perlu dihadiri.  Padahalnya dia tak sabar nak bertemu Yasmin. Nak menyakat Yasmin lagi. Rasa macam dah ketagih pulak. Hahaha..tak sabar rasanya nak kenakan Yasmin lagi. Tunggu kau!

Sampai di hotel dia segera menekan loceng.

”Ish bisingnya.  Mana pulak datang bunyi loceng ni.” Yasmin membuka matanya. Menggosok-gosok mata.  Tertidur dari balik kolej sampai petang. Oh aku kat hotel. Lupa pulak. Hehe..Yasmin gelak sendiri. Loceng semakin kuat berbunyi. Opss.. tu mesti Hadi. Masak aku kena marah lagi ni. Gulp!..air liur ditelan payah. Aku baru tersedar aku belum mandi. Namun sudah terlambat.  Takkan nak Hadi tunggu diluar lagi.  Lagi mati aku kena marah. Aku buru-buru buka pintu.

”Ya..Allah! kau ni tak mandi-mandi lagi balik kolej tadi?  Macam ni ke sambut suami. Dengan air liur basi. Rambut serabai. Dah macam pontianak harum sundal siang aku tengok!  Dahlah buka pintu lambat. Bla..bla..bla..” Hadi terus membebel berbakul-bakul. Harum sundal malamlah ngok Hadi. Nak membebel konon. Aku membebel dalam hati. Haa, aku pulak dah berjangkit penyakit Hadi, suka membebel. Tapi dalam hati jelaa. Nak luah tak berani. Nanti kena lagi.

”Sorilah. Aku letih. Malam tadi tak cukup tidur. Penat tau tak. Balik tadi terus je aku lena. Aku ingat nak baring-baring je sekejap.”

”Haa, menjawab menjawab!” Hadi masih berlagak serius.

”Ok, ok.  Aku pergi mandi sekarang ok.” Aku berlalu tanpa sempat Hadi memanggilnya lagi.

Siap menyisirkan rambut dan membetulkan baju di badan cermin, aku keluar dari bilik. Hadi juga kelihatan letih. Tersandar di sofa sambil menonton TV.

Hadi yang tidak sedar dengan kehadiran aku, leka menonton TV.  Dek kerana melihat Hadi yang leka menonton  TV dia pergi mendapatkan minuman di peti ais.

Datang semula ke sofa, Hadi dah tidur.  Dia duduk merenung Hadi. Teringat dia zaman belum berkahwin dulu.

”Oi kau ni Hadi main tipu arr.. Mana aci.” habis buah catur berterabur sebab aku tolak. Geram punya pasal. Asyik kalah dari tadi.

”Mana ada, memang dah kau tak reti main. Dah kalah nak kata orang main tipu pulak.” Hadi mempertahankan diri.

Aku menolak bahu Hadi. Tanda protes tidak berpuas hati.  Hadi geram dipermainkan membalas balik perbuatanku. Akhirnya kami berlari kejar mengejar di dalam rumah papanku.  Bagai nak runtuh rumah papan itu dengan derapan tapak kaki gajah kami.  Persis budak kecik  yang berlari-larian berebut makanan.

”Mak! Tengok Hadi ni. Pukul-pukul orang, sepak kang.” Pn. Rosnah hanya tersenyum melihat gelagat anaknya dan Hadi. Hadi yang dia anggap bagai anaknya sendiri juga.

”Dahlah tu. Tak mau gaduh-gaduh. Esok lusa nak jadi laki bini macam ni jugak ke.”

”Ek eleh mak ni. Siapa entah nak kahwin dengan Hadi ni.” aku mencebik. Kahwin dengan mangkuk ni? No way! Kalau nak kahwin pun mestilah aku nak kahwin dengan putera raja yang genteman orangnya. Bukan macam mangkuk tingkat yang tak reti nak mengalah dengan perempuan ni.

Namun hari ni gurauan mak dah jadi kenyataan.  Hadi dah sah jadi suami aku. Suami? Suami apa macam ni. Tak rasa macam dah kahwin pun. Makin menjadi-jadi perangainya membuli aku adalah. Hurmm..tunggulah, sekarang ni aku masih dalam penyakit trauma kena kahwin mengejut. Sembuh penyakit aku ni nanti, aku akan bangkit kenakan kau macam dulu.

”Abis dah berangan?” tanya Hadi. Aku yang tidak sedar Hadi memerhati dari tadi tersenyum malu.

”Tadi aku tengok kau tidur.”  Coverline. Malu siot. Sengih sorang-sorang pandang dinding.

”Yelah, kalau aku tidur pun kau boleh beranganlah ya.  Dah! aku nak mandi. Lepas order makan malam nanti aku ada benda nak bincang dengan kau ni.” Hadi segera berlalu masuk ke bilik mandi.

Selesai makan malam, Yasmin menuju ke bilik tidur mengambil beberapa buku untuk menyiapkan assignment diruang tamu.  Belum sempat dia melabuhkan punggung di sofa Hadi menarik tangannya masuk bilik semula.

”Hmm..so how ’s the day jadi isteri aku hari ni?”  Hadi tersenyum nakal.  Aku mencebik.

”Cebik-cebik. Tarik muncung tu kang.” Hadi tersenyum miang.

 ”Ok, macam nilah aku tau kau nak siapkan assignment jadi aku tak ambik masa panjang dari kau. Cuma aku nak tegaskan, aku ada 5 syarat yang aku nak kenakan pada kau sebagai isteri aku. Dan syarat-syarat tu aku tak akan bagi tau terus semua sekali malam ni. Sebagai isteri kalau kau langgar syarat-syarat aku tu kau kena hukum. Faham?” Yasmin yang mendengar arahan Hadi terkebil-kebil memandang.  Macam orang buntu.

Apa lak! Ini sudah tidak adil. Sesedap rase je dia nak kenakan syarat marat kat aku ni.
Apa dia ingat ni pejabat dia ke. Nak ada prosedur kerja. Syarat-syarat kerja. Macam aku tak percaya je kena lalui semua ni. Biasa-biasa aku baca dalam novel, tengok drama kisah kahwin kontrak ni. Aku ni dikira kes kahwin kontrak jugak ke.  Hii tak boleh jadi ni.

Heloo..are you listening?” Hadi melambai-lambai tangan di depan mukaku.  Aku mengangguk.  Kemudian menggeleng.

” Apa kau ni. Faham ke tak. Kejap angguk kejap geleng. Faham tak ni.  Aku cium kang”
Buntang biji mata aku mendengar ugutan Hadi.  Seraya aku mengangguk.

”Faham.. faham.” laju aku mengangguk. Hadi tersenyum puas bila tengok aku terkulat-kulat diugut untuk dicium. Suka sangat dia!

”Ok. One more thing, malam esok kita kena pergi rumah papa and mama. Ada benda penting nak discuss.  Maybe pasal kita punya rumah.”

Aku mengerutkan kening. Blur sekejap.

”Ya, pasal rumah kita. And the important thing yang aku nak bincang ni tentang hubungan kita depan parents kita ni. Kita perlu tunjuk sebaik mungkin hubungan kita ni berjalan lancar. Kalau mama bagi hint pasal nak cucu ke apa, kau pandai-pandailah reka cerita.  Aku tak nak mereka tau yang kita sekarang ni masih macam dulu. Faham?”

Aku mengangguk-ngangguk perlahan sambil memuncungkan mulut. Hakikatnya aku masih blur apa akan berlaku di rumah mertua aku nanti.

Balik rumah mama dan papa? Kena berlakon? Pasal rumah? Erm..mungkin papa nak bagi rumah kot. Mana tahu kan. Yelah sampai bila nak duduk hotel mewah macam ni. Seminggu bolehlah. Tapi kalau terus jadikan ni penempatan kita orang selamanya tauke balak pun boleh bankrap.

”Kau faham tak ni Min? Blur semacam je aku tengok kau malam ni kenapa? Ke memang nak kena cium lagi?” Hadi tak berhenti mengusikku. Aku menunjukkan penumbuk. Miang tak habis. Cium la kalau nak rasa penumbuk sulung ni.

”Eh dahla kalau kau dah habis lectur aku, aku nak siapkan assignment ni. Melalut tak berhenti macam nenek kebayan.  Hilang abis dah idea aku nak siapakan kerja sekolah ni.” Tiba-tiba datang kekuatanku melawan Hadi. Selama 2 hari ni aku senyap je bila kena buli. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa macam dah pulih. Mungkin geram dengan Hadi yang asyik tak berhenti kata nak cium aku.

Bulat mata Hadi memandang aku yang tiba-tiba menjawab. ”Haa..ni macamlah baru Yasmin Yasin yang sebenar. Berani berlawan dengan aku. Takpe, aku suka kau mcam ni dari kau asyik diam je. Dah macam orang mati laki. Bosan aku.”

”Ooo, orang mati laki ye! Ha ambik kau!” aku membaling bantal ke muka Hadi. Hadi segera membalas semula padaku. Tak puas dengan bantal, aku amik pula buku aku setebal 3 inci tu baling kearahnya. Dia sempat mengelak. Aku tak puas hati. Aku kejar dia ke ruang tamu. Kejar punya kejar, aku tak perasan kaki aku tersangkut pada karpet. Apa lagi macam nangka busuk dah aku jatuh.

Terburai besar ketawa Hadi tengok aku yang dah macam nangka busuk tu.  Nangka busuk pun kalau jatuh tak seburuk tu.

”Sakitlah ngok! Gelak-gelak, bukan nak tolong.” aku menyumpah pada Hadi. Ya Allah jahatnya aku ni sumpah suami sendiri. Aku menggosok-gosokkan buku laliku yang rasa macam dah tergeliat urat.  Aku cuba bangun tapi..

”Outchh!!! Sakit...” aku mengaduh. Hadi panik tengok aku. Sangkanya aku pura-pura sakit. Segera dia datang padaku.  Dia cuba melihat kakiku namun aku tepis kasar.

”Tepilah.” aku cuba untuk bangun. Sekali lagi aku menjerit kesakitan.

”Dah..jangan bangun. Biar aku tolong.” dengan gagahnya Hadi mendukung tubuhku.

”Hei apa ni. Tak payahlah.” aku cuba meronta bila didukung Hadi. Ingat aku budak kecik ke nak dukung-dukung. Papah je dahlah. Kalau aku jatuh kang sape nak jawab.

Tanpa mempedulikan rontaanku, Hadi mendukung kemas tubuhku untuk dibawa masuk ke bilik. Perlahan-lahan dia cuba meletakkan aku di atas katil.  Bimbang aku bertambah sakit.  Dengan pantas bagaikan pasukan penyelamat dia mencari kotak ubat untuk menyapu ubat pada kakiku.

Aku cuba merampas ubat dari tangan Hadi, tapi dia lagi pantas menepis tanganku.

”Aku boleh sapu sendirilah.” aku masih berdegil. Dah dasar keras kepalakan. Sakit pun nak berlagak lagi.

”Dah duduk diam-diam. Jangan nak ngada-ngada.” dia tekun menyapu ubat ke kakiku. Krim Flanil yang dah larut kekulit itu membuatkan aku rasa semakin selesa. Namun Hadi tak berhenti-henti menggosok kakiku.

Dari buku lali, sekarang dah merayap naik ke betis. Aku geli. Mengekek-ngekek aku ketawa.

”Eh dahla. Cukupla tu. Dah lebih arr ni. Aku sakit kat buku lali je. Yang kau gosok sampai ke betis tu apa hal?.”

”Nenek aku pesan, kalau sakit kat sini, kita kena gosok semua sekali. Sebab urat kau ni bukan setakat kat buku lali ni aje.”

”Ahh! Banyakla kau punya nenek.” macam aku tak tau kau saja nak ambil kesempatan.

Buk! Sekali lagi bantal aku baling ke muka Hadi. Hadi tak sempat nak mengelak. Tapi dia tak balas.

”Dah, kau rest dulu kat sini. Stop main. Kalau nak sambung main pun malam karang ek. Kita main stail lain pulak ok.” sambil mengangkat-angkat dua keningnya dan tersenyum lebar.

”Ngok-ngek la kau ni.” aku baling lagi bantal tapi kali ni sempat dia elak.  Dia tersenyum manis. Meninggalkan aku di dalam bilik.

Malam itu aku rasa seronok sekali kerana terasa diriku pulih dari dipukau. Aku telah kembali pulih untuk menentang Hadi!