BAB 6
Buku rujukan setebal 3 inci di depan meja kurenung kosong. Berligar-ligar kejadian pagi tadi semasa Hadi menghantarku ke kolej.
”Eh, nak blah macam tu je ke. Lupa dah apa kau kena buat.” Aku yang terkejut mendengar teguran Hadi segera menarik tangannya dan mencium.
Hadi dengan pantas juga menarik kepalaku lalu cup! Satu ciuman singgah di dahi. Belum sempat aku menarik kepala, dia sempat berbisik di telingaku. Ni syarat pertama kau sebagai isteri aku. Mulai hari ni, ini adalah rutin hidup kau. Setiap kali nak keluar atau pulang jumpa aku, kau perlu bersalam cium tangan aku.
Aku pantas menarik kepalaku. Bimbang lama-lama begitu. Aku tidak risaukan syarat Hadi yang satu ini memandangkan ia cuma satu permintaan kecil yang bisa aku tunaikan. Yang merisaukan aku adalah Hadi sering menciumku di kawasan kampus. Walaupun ciuman itu hanya singgah di dahi cuma.
Risau dengan mata-mata yang memandang. Apa kata mereka nanti. Ada lagi 3 tahun aku perlu berada di kolej ni. Dan takkan selama 3 tahun ni aku perlu hidup menyorok macam pesalah.
Dan memang seperti yang kujangka bila Hadi berlalu sahaja ramai kawan-kawan yang mengenaliku memandang dengan wajah pelik. Kalau pelajar lelaki tu siap bersiul-siul memerli dengan tingkah lakuku.
Sikuan Azila menghilangkan lamunanku.
”Terkejutnya aku.” Yasmin mencegilkan mata ke arah Azila.
”Jauh berangan. Teringat kat suami ke. Ke pagi ni mandi sebilik lagi?” tawa besar Azila memecah kesunyian.
Teringat aku peristiwa semalam waktu Hadi yang macam dah bengang sangat dengan aku. Mandi depanku tanpa mempedulikan aku ada didalam bersamanya. Walaupun dia mandi berseluar dan tidak memandang ke arahku, aku masih berasa malu. Yelah mana tak malu, ni kali pertama aku tengok lelaki mandi. Duduk sebilik dalam bilik mandi pulak tu. Mau tak malu.
Walaupun dia dah sah jadi suami aku masih rasa malu melihat Hadi membuka baju. Selama berkawan Hadi tidak pernah seseksi itu. Aku tersenyum lagi.
”Mana ada. Hari ni ok dah. Cuma aku rasa tak sedap hatilah Zila. Tiap-tiap pagi Hadi hantar aku ke kolej. Dia minta aku salam cium tangan dia. Dia cium dahi aku. Depan orang ramai pulak tu, aku bukan apa, kau kan tau budak-budak sini mana tau status aku. Aku takut dia orang salah faham. Ni pun ada suara-suara sumbang perli aku.”
Aku meluahkan perasaan pada Azila. Pada dialah aku meluahkan rasa tidak puas hati setiap kali aku ada masalah. Dialah saja sahabat susah senangku.
”Pedulikanlah Min, selagi kau tak buat salahkan. Peduli apa kat diaorang. Susah-susah kau bagitau je diaorang kau dah kahwin.”
”Kau cakap senanglah Zila. Kalau aku mengaku kahwin ada ke yang nak percaya. Silap-silap haribulan diaorang cop aku kahwin kena tangkap basah. Yelah kawin segera. Tak berjemput.”
”Ha tulaa, dulu mak mertua offer nak buat majlis kahwin besar-besaran jemput semua kawan-kawan, bagi syarat tak nak jemput ramai orang. Jual mahal. Tak fikir panjang. Ha, sekarang siapa yang susah. Kau jugakkan.”
”Dah-dah. Kalau kau nak membebel baik tak usah.” Yasmin menutup telinga. Pantang kalau ada orang nak membebel. Dia cukup alergik.
”Eh pukul berapa dah?” Jam tangan ditilik. ” Mak oi dah pukul 2 suku ni. Aku janji suruh Hadi jemput aku pukul 2. Masak aku. Ok Zila aku cau dulu”
Zila yang terpinga-pinga ditinggalkan sendirian akhirnya tersenyum melihat Yasmin. Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah temannya itu.
Kereta Hadi sudah terpacul depan pagar. Aku segera meloloskan diri ke dalam kereta. Belum sempat aku nak menutup pintu kereta, Hadi memecut laju. Aku tau. Tentunya kerana kesalahan aku yang terlewat tiba.
”Kau ni memang nak kena dengan aku ye.” Hadi seakan-akan mengugut.
Aku memandang Hadi. Berkerut keningku kerana tak dapat menangkap maksud Hadi.
”Apa maksud kau?”
”Maksud aku, kau ni dah berapa kali aku warning jangan buat aku menunggu tapi kau still buat kan. Aku nak hukum kau malam ni.”
”Hukum? Hukum apa?”
”Tu terpulang pada mood aku malam ni.”
”Macam mana bentuk hukuman yang aku nak kenakan tu, kau terima jelah. Pengajaran buat kau supaya kau tak lupa lagi dengan pesanan aku.”
”Alah macam aku takut.” Butir suara Yasmin dengar tak dengar. Menggumam sendirian.
”Apa kau cakap?” Hadi mencerlang matanya. Bukan dia tak dengar kata-kata aku tadi. Saja dia mahu aku mengulangnya dengan jelas. Pura-pura pekak badaklah tu.
”Err..takde apa, aku kata aku sanggup terima hukuman dari kau. Yess Boss!!”
Sambil mengangkat tangan tabik spring. Eh apa aku cakap ni. Karang dia minta yang bukan-bukan mati aku. Eii kau ni Yasmin selalu tak sayang mulut. Aku mengetuk-ngetuk kepalaku sendiri.
”Ha, dah tu kenapa pulak? Takde kerja lain dah nak ketuk kepala sendiri?”
”Heheeee..” Aku tersengih macam kerang busuk. Pusing ketingkap kereta. Mengalihkan muka dari dipandang Hadi lagi. Hadi sudah tidak mempedulikan aku. Dia meluncur laju ke arah penginapannya.
Seperti biasa setelah menghantar Yasmin pulang ke hotel dia akan terus pulang semula ke pejabat.
Usai solat zohor Yasmin merebahkan badan di sofa. Sejenak dia terlintas peristiwa dimana buat kali pertamanya tidur sekatil dengan Hadi. Puas dia mendesak Hadi berterus terang sama ada dia telah diapa-apakan barulah Hadi cerita keadaan sebenarnya.
”Hadi bagitau kat aku please..aku janji aku tak cuba tak melawan kau, dengar cakap kau dan buat apa je yang kau suruh lepas ni.”
Hadi tersenyum puas mendengar pengakuan Yasmin. Dia tau Yasmin betul-betul risau dengan perkara ini.
”Ok, kalau kau janji ikut apa yang aku nak pas ni, aku bagitau. Janji?”
”Janji.” janji kelinking bersatu tanda janji termeterai. Janjilah sangat. Macamlah janji aku ni boleh dipakai.
”Sebenarnya malam tu lepas aku keluar amik baju kau, aku ingat nak keluar dengan Shahz. Dia ada emergency nak minta tolong aku. So aku ingat tak sempat nak balik. Last minit dia call semula kata dah ok. Aku pun baliklah. Aku pun dah penat giler time tu. Mana larat aku nak buat apa-apa kat kau. Aku mengantuk sangat. Tengok kau ada kat sebelah pun aku pandang sebelah mata jer. Kalau tak sebab aku penat sangat time tu, mungkin jugak kau tak selamat.”
”So kau memang tak buat apa-apalah pada aku malam tu? Sumpah?”
”Ye, memang aku tak usik. Ok!. Memandangkan kau dah janji nak buat apa saja untuk aku, mulai hari ni aku nak kita tidur bersama. Maksud aku, aku tak nak kau tidur kat katil special kau tu. Tidur je sama-sama dengan aku. Aku janji tak apa-apakan kau selagi kau belum ready. Kau nak taruk bantal sepuluh biji kat tengah-tengah katil pun takpe sebagai pemisah kita. Yelah aku takut jugak aku terpanjat atas kau time tidur. Manalah sedar kan.” haa, amikkau Yasmin. Padan muka. Siapa suruh kau gatal-gatal buat janji manismu. Mak..aku tak nak tidur dengan mangkuk ni..
”Err..minta benda lain tak boleh ke.” aku masih minta berkompromi.
”Boleh, kalau kau tak nak tidur dengan aku, aku nak kau layan aku sebagai suami yang betul-betul suami. Maksud aku jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri.” dahhh...tu lagi parah. Ahh, bolehlah dengan permintaan pertama tu. Bukan susah sangat. Kalau dia nak buat apa-apa pun bukan aku tak boleh melawankan.
Bermula episod baru dalam hidupku, mulai malam itu aku tidur bersama Hadi walaupun berlonggok bantal di tengah-tengah kami. Dan aku juga memakai baju beberapa lapis sebagai protection. Kalau apa-apa berlaku sempatlah aku sedar. Hihiii.. Nasib baik ada air-cond. Kalau tak mesti berpeluh aku pakai baju tebal-tebal nak tidur.
Hadi pulang awal hari ini memandangkan dia ingin membawa aku pulang kerumah papa dan mamanya. Aku yang sedang menonton TV segera berlari ke arah pintu mendengarkan loceng dibunyikan.
”Pandai pun buka cepat. Assalamualaikum.”
”Waalaikumussalam. Awal kau balik.”
”Waalaikumussalam. Awal kau balik.”
”Mm.. Kita nak pergi rumah papa dan mama ni. Kau bersiap-siaplah.”
Aku yang baru teringat perbincangan malam tadi terus masuk ke bilik dan mandi sebelum memilih baju yang sesuai untuk bertandang ke rumah mertua setelah bergelar isteri.
”EH, awal kamu datang Min, Hadi. Papa tak sampai lagi ni.” Puan Sri Zalia yang kini ibu mertuaku menyambut kedatangan kami dengan senyuman manisnya.
”Oh ye ke mama. Tak apalah boleh lepak kat rumah dulu. Bosan dah menginap kat hotel.” Hadi menjawab.
”Mm, yelah. Jom kita masuk dulu. Min, ikut mama ke dapur jom. Tolong mama masak malam ni. Bibik amik cuti hari ni. Lagipun mama rasa nak masak sendiri malam ni.” alamak kena tolong masak ke. Huhuuu..aku tak berapa master bab masak memasak ni.
”Baiklah makcik, eh mama..” Aku tersasul kerana tidak biasa dengan panggilan baru itu. Puan Sri Zalia hanya tersenyum memandang aku.
Malam berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar jam dah pukul sembilan malam. Kami semua berkumpul di ruang tamu. Mama, papa, aku dan Hadi. Abang Hadi, Hasrul nampaknya tidak kelihatan. Maklumlah kerja sebagai arkitek sudah semestinya menuntut masa yang panjang untuk bekerja. Tambah pula dia sedang usaha gigih menambah pengalaman dan ilmu demi membuka syarikatnya sendiri suatu hari nanti.
”Nah kunci rumah baru kamu.” Tan Sri Hamid menghulurkan sejambak kunci rumah ke arah Hadi.
”Papa dah belikan kamu sebuah banglo di Cheras. Alamatnya ni. Esok bolehlah kamu pindah kesana.” sekeping fail nipis dihulur ke arah Hadi.
Hadi membelek-belek fail itu. Ada geran rumah dan dokumen-dokumen lain berkait dengan rumah itu. Aku mencuri pandang. Nama aku dan Hadi sebagai pemilik rumah banglo tersebut.
”Dah duduk rumah baru tu jangan pulak lupa singgah rumah mama papa ni sekali-sekala. Kamu tu Hadi slow-slow la usahakan bagi mama dan papa ni cucu. Mama rasa Yasmin tak ada masalahkan kalau ada anak tengah belajar ni. Mama boleh jagakan nanti.”
Pesan Puan Sri Zalia memeranjatkan aku. Merah padam muka ku. Perlahan-lahan aku mengangguk. Hadi yang dari tadi tersenyum kambing makin lebar senyumannya.
”Insyaallah mama, papa. Tak lama lagi dapatlah cucu tu. Hadi target paling lewat pun tahun depan mama dan papa dapatlah merasa timang cucu.”
Janji Hadi pada mama dan papanya sekali lagi membuatkan aku terpana. Puan Sri Zalia dan Tan Sri Hamid yang perasan dengan perubahan wajahku cuba mangalihkan topik. Faham aku malu membincangkan perkara itu. Maklumlah pengantin baru.
Puas berbual-bual dan bergelak ketawa bersama mereka, Hadi mengajak aku pulang ke hotel dengan alasan untuk mengemas barang-barang untuk pindah esok.
Masuk ke kereta, bertubi-tubi peluru cubitanku menyinggah dilengan Hadi. Mengaduh-ngaduh Hadi tak berhenti.
”Eh apa ni main cubit-cubit pulak. Kalau ye pun tak sabar nak bergurau dengan abang, tunggulah masuk dalam bilik.” Hadi masih mengusik. Faham kenapa aku mencubitnya. Ni semua sebab dia berjanji nak berikan cucu pada mamanya tahun depan. Mau aku tak naik hantu.
”Tolong sikit ek. Bergurau dengan ’Abang’? ”aku mengejek panggilan abang yang disebut Hadi sambil menaikkan dua jari.
”Yelah dah tu main cubit-cubit lak dalam kereta ni.” aku menarik muncung sedepa kerana tak henti diusik Hadi.
”Kau memang nak kena kan Hadi. Memandai je kata kita nak dapat anak tahun depan. Kot ye pun ko nak bohong mak kau tu agak-agak ar. Kalau kau boleh buat syarat, aku pun nak buat syarat dengan kau. Aku takkan mengandung selagi aku tak habis belajar. Dan lepas aku habis belajar pun aku akan cari kerja dulu sampai aku rasa kewangan aku dah stabil. Ha..time tu, baru aku akan fikirkan. Titik”
”Banyaklah kau punya stabil. Nak tunggu kau stabil, dan monepous dulu.” Hadi menjeling.
”Ahh, dah arr cakap dengan kau ni esok pun tak sampai rumah. Dah gerak sekarang!” arahku. Garanglah kunun.
”Eleh, arah-arah orang ingat aku ni driver ke?” Hadi merungut.
”Dah memang pun.” sempat aku mengumam sendiri. Perlahan tapi masih boleh didengar.
”Apa kau cakap?”
”Ah! Dah bawak kereta tu.”
Tiba di hotel aku berkemas semua barang-barang yang tak seberapa. Memandangkan aku pun tiada kelas esok, Hadi minta cuti dan mengajak aku pindah ke rumah baru. Barang-barang di asrama, aku dah minta Azila tolong kemaskan separuh.
”Dah siap kemas?” Hadi menghampiri aku. Aku tersentak kerana terkejut melihat Hadi yang telalu hampir di belakangku. Perlahan-lahan aku mengangguk. Risau dengan gerak geri Hadi.
”Kau ingat tak kesalahan kau siang tadi?” aku menggeleng-gelengkan kepala. Ligat otakku berfikir. Namun sel-sel otakku belum berhubung untuk mengingati perkara yang dimaksudkan Hadi.
”Oo..lupa ya. Bukan aku ada cakap ke malam ni aku nak hukum kau sebab kau dah buat aku menunggu lagi untuk kali yang keberapa.”
Air liur kutelan. Ya! Sel-sel otak telah berhubung. Ya Ampun. Mati aku kali ni. Aku ingatkan Hadi juga dah terlupa perkara tu macam aku. Macam mana dia boleh teringat lagi ya.
Wajah kami hampir bersentuhan. Satu ciuman singgah di dahi. Kali ini lama sekali. Aku lemas diperlakukan begitu. Perlahan-lahan bibir Hadi turun menyinggahi pipiku. Lalu beralih ke mata. Aku semakin menggigil. Dalam hatiku tak berhenti memohon agar Hadi tidak hilang kawalan.
Aku cuba merenggangkan mukaku. Namun Hadi dengan pantas memegang kepalaku supaya tidak berinjak darinya. Sedaya upaya dia cuba untuk mencium bibirku tapi tak berjaya.
Kalau inilah hukuman yang Hadi beri padaku, aku mohon dia tukarkan. Aku lebih rela kena basuh baju dia tanpa mesin basuh selama sebulan walaupun aku memang malas basuh baju. Aku rela kena tunggu dia sejam lebih awal sebelum dia sampai menjemputku. Aku lebih rela kena tidur dalam bilik mandi dan aku rela segala-galanya selain dari dihukum begini.
”Hadi..jangan Hadi. Please” Aku cuba meloloskan diri namun gagal.
Pap! Satu penampar singgah di pipi Hadi. Sekuat hati aku menamparnya. Hadi tersedar.
”Kau melampaulah. Hari tu kau janji tak nak apa-apakan aku kalau aku belum bersedia. Macam ni ke kau nak hukum aku. Kalau kau cuba apa-apakan aku lagi aku buat report polis.” Hadi tergelak besar mendengar ugutan aku yang baginya tak masuk akal.
”Kenapa? Kau nak buat report kata aku nak rogol kau? Hahaha..mana ada istilah suami rogol isterilah. Kau jangan nak merepek boleh tak. Aku suami kau. Aku ada hak dan sah untuk lakukan apa sahaja pada kau. Atau kau nak lapor pada Pejabat Agama kata aku paksa kau layan aku. Diaorang pun gelak je dengar kau punya aduan. Silap-silap gaya kau yang kena balik sebab tiada alasan kau nak menolak aku. Kau dalam keadaan suci, waras, sihat, kenapa tak boleh layan suami?”
Terpisat-pisat aku nak menjawab. Sudahnya aku pun terdiam. Nak tunjuk kuasa veto la tu. Menyampah!
”Kenapa diam. Tak betul ke apa aku cakap.” aku diam lagi. Bimbang kalau Hadi tertindak ganas lagi. Hadi menghampiriku.
Kali ni aku cuba melarikan diri tapi terjatuh pula atas katil. Ish katil ni macam tau-tau je Hadi nak wat apa kat aku. Berpakat ye. Elok pulak aku jatuh terlentang atas katil. Hadi apa lagi, laju menerkamku. Badanku ditindih. Tanganku dicengkam kuat.
”Aku nak kau cium aku dulu. Kalau kau tak nak, aku yang akan cium kau.”
”Ah! tak nak aku. Macam mulut dia tu wangi sangat. Kot ada perisa strawberi ke takpe gak. Uwekk!!” aku menjolok-jolok jari ke dalam mulut.
”Eh, belum buat lagi dah nak muntah-muntah. Hebat ni.”
”Banyakla kau punya hebat.” satu tendangan singgah di perut Hadi.
”Aduh. Mak oi bini aku ni pompuan ke laki. Ganasnye. Habislah abang malam nanti.”
Miang tak habis-habis.
”Ko jangan berlakon macam lelaki gile seks boleh tak. Merenyam bulu roma aku.”
”Hahahaha...” Hadi tergelak besar.
”Dah kau jangan nak ubah topik. Hukum tetap hukum. Malam ni kau kena teman aku tidur tanpa letak bantal kat tengah-tengah. And one more thing, malam ni kau tak boleh pakai uniform tido ko yang setebal 10 inci tu. Pakai baju tidur biasa je. Lagi seksi lagi bagus. Kalau kau tak nak, maknanya kau memang nak kena dengan aku malam ni.” aku memuncungkan mulut. Hish dia ni kalau akal nak kenakan aku tu panjang jer. Sakit hati.
Baju apa aku nak pakai. Ahh,sauk jelah baju batik kelawar tu. Tu dah kira ok apa.
Maka malam itu, aku memberanikan diri untuk tidur di sebelah Hadi. Itupun setelah puas bertekak dan berjanji bagai dengannya. Yakin yang dia tak apa-apakan aku barulah aku setuju. Sumpah! Pasni aku tak mau lewat lagi.
Wahai malam..cepatlah kau bertukar siang!

0 comments:
Post a Comment