BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Korang carik ape tu arr??

Tuesday, February 1, 2011

Cinta Gila 4

BAB 4

Aku terdiam bagai patung cendana.  Tak berkutik. Selangkah ke belakang tidak ke tepi pun tidak. Begitu juga dengan makhluk yang kulanggar tadi. Tiba-tiba terasa seperti badanku dipaut menghampirinya.

”Kau cari ni?” suara makhluk itu memecah kesunyian. Langsung tidak nampak bayang. 

Yang pasti suara dan haruman Polo Black itu aku memang cam. Hadi. Ya memang Hadi. Mati aku kali ni. Nafas aku mula tak teratur. Walau aku tak nampak riaksi wajah Hadi tapi aku masih dapat membaca apa yang ingin dilakukan padaku.

Cup! Terasa seperti dahiku dicium. Aku masih terdiam. Bisu, kaku. Entah kenapa badanku bagai kena sumpahan tidak bisa untuk bergerak.

Suara itu berkata lagi ”Yasmin binti Yasin. Tahu tak kenapa aku tak membantah bila mak ayah kita nak satukan kita. Tahu tak kenapa selama ini aku bersabar dengan kerenah kau. Ini kerana aku dah lama cintakan kau.  Walau aku selalu melayan kau dengan kasar. Walau hakikatnya kita tak pernah nak cuba berlemah lembut antara satu sama lain. Tapi malam ni aku nak kau tahu yang Hadi Bushra mencintai Yasmin Yasin dan aku akan berjanji untuk mengubah pendirian kau.  Kau tak perlu takut Yasmin, pasal ugutan aku siang tadi tu cuma nak mengusik kau. Jangan risau aku takkan memaksa atau menyakiti kau.” satu lagi ciuman singgah di pipiku.

Aku terkesima. Mendengarkan curahan luahan perasaan Hadi. Bagaikan tidak percaya. Benar ke apa yang Hadi luahkan ni. Aku terasa badanku diheret ke katil. Aku didudukkan. Hadi memetik lampu meja yang cahayanya samar-samar.

Aku merenung setiap tindak tanduk Hadi. Dia membetulkan kedudukannya. Mengadap diriku. Aku tunduk merenung tilam. Tidak berani bertentang mata Hadi.

”Min, boleh tak kita sama-sama belajar jadi suami isteri. Kita sama-sama berubah. Kita cuba tidak berkasar lepas ni. Aku pun masih kekok menjadi seorang suami. Terus terang aku bagitau aku sendiri tak pandai nak layan kau sebagai isteri.”

Aku masih membatu.  Walaupun setiap baris kata-kata Hadi berkesan di hatiku. Terasa syahdu tiba-tiba. Eh kenapa dengan aku ni. Eeeuuww!! Gelilah. Apa syahdu-syahdu ni. Bila masa pulak aku boleh tangkap lentok dengan kata-kata Hadi ni. Dan Hadi sejak bila pula kau ni pandai berayat-ayat dengan aku ni.  Biar betik kau ni Hadi.

Hadi yang melihat diriku bagai tiada respon terus menarikku sehingga aku rebah di pangkuan pehanya. Aku terkesima namun pura-pura selamba. Bimbang ni semua permainan Hadi. Hadi mendekatkan mukanya ke muka ku.  Seolah-olah ingin menciumku lagi. Namun nyanyian handphone Hadi telah menyelamatkan aku. Aku bingkas bangun.

Hadi berlalu ke ruang tamu.  Berbual dengan pemanggil telefon seolah-olah ada perkara serius yang dibincangkan. Jam menginjak ke 3.15 pagi.  Mataku yang sedia layu itu terasa makin tidak kuat bertahan.

”Min, aku nak keluar kejap. Ada hal. Kau tidurlah dulu. Dan satu lagi, tidurlah atas katil aku tu. Katil kau tu keras sangat.  Nanti kau sakit susah pulak aku nak jaga.”

Aku mengerutkan mulut.  Haa..lega. Belum sempat menarik nafas lega Hadi berpaling dan sempat berkata sebelum melangkah keluar bilik.

”Kau selamat untuk malam ni.” sambil mengenyitkan mata padaku.

Aku mencerlang mata kearah Hadi.  Tak habis-habis nak kenakan aku. Tapi tak apa, kurang-kurangnya aku rasa selamat untuk malam ni.

Kan betul tekaan aku. Hadi cuma main-main je luahkan kata-kata manis dia sebentar tadi. Mujur aku tak masuk perangkap dia. Kalu tak, 8 tahun aku dijadikan bahan gelak dia. Kalu aku bagi respon tadi, sah-sah  kena gelak.  Dah Yasmin kau tak payah nak berangan.

Aku membuka almari. Mencari sesuatu untuk kuganti baju gaun yang sarat ni. Namun yang ada cuma baju Hadi.  Mana baju aku.  Mak tak tolong ke hantar baju aku tadi. Kejamnya. Macam mana aku nak tidur ni. Mana biasa aku tidur pakai macam ni. Gatal miang semua ada. Biasanya walau sepenat mana aku mesti bersihkan diri sebelum tidur. Sudah terbiasa diajar dari kecil macam tu.

Dalam berkira-kira sendirian, Yasmin mencapai sehelai kemeja Hadi. Diacukan ke badannya.  Labuh.  Boleh buat gaun tidur ni.  Ahh..sauk jelah janji bukan tidur dengan gaun yang maha gatal ni. Rimas.

Tanpa berfikir panjang dengan otak yang sudah tak mampu nak bekerja lagi aku sauk kemeja Hadi.  Sesudah membersihkan muka dan kaki aku terus menghenyakkan badan ke katil dan terus belayar ke hujung dunia.

Baru aku nak sampai ke negara China, aku tersedar. Aku berpusing. Terasa seperti ada sesuatu di belakang ku.

Dan..Arrgghh!!..aku menjerit sekuat hati.  Hadi yang terpinga-pinga meloncat bangun.

”Eh kau buat apa hah. Kenapa kau tidur dengan aku.  Kau kata kau tak balik malam tadi.”

Yasmin yang terpandang Hadi memakai boxer terus menunduk malu. Dan dia baru tersedar yang dia juga cuma memakai sehelai kemeja Hadi yang separas pehanya.  Arrgghh!!! Sekali lagi dia menjerit ketakutan.  Berlari menuju bilik tidur istimewanya.

Hadi tersenyum sendirian. Jam handphone ditilik. Dah pukul 7 pagi ni.  Aduh malasnya pergi pejabat hari ni. 

”Min! Buka pintu ni. Aku nak mandi. Dah pukul 7 dah wei. Aku nak kena kerja ni. Ada meeting. Aku tak boleh lambat. Kau tak nak ke kampus  ke. Tak ada kelas ke.”

Aku mundar–mandir dalam bilik mandi seluas bilik tidur aku.  Geram pada Hadi tak sudah. Kali ni Hadi memang terlebih sudah. Dia dah mencemar kesucianku. Oh tidak. Mesti dia dah menodai aku. Oh tidakkk..

”Woi Min kau pekak ke. Aku cakap aku nak mandi.  Ke kau nak aku pecahkan pintu bilik mandi ni.  Nak mandi dengan aku ke?”

Haa..mandi dengan kau. No way! Jangan haraplah. Err..aku kena keluar jugak ni. Hadi tak suka menunggu.  Karang naik hantu pulak dia. Tak sanggup aku tengok dia bertukar wajah jadi raksasa macam cerita Ultramen tu.

Pintu terkuak sedikit.  Hadi terus menerobos masuk. Belum sempat aku nak keluar dia dah mengunci pintu.

Tanpa mempedulikan kehadiranku, Hadi terus memasang air pancuran dan mandi didepanku. Tergesa-gesa mandi dan mencapai sabun.

Aku terkedu bagaikan menonton filem seram Ju On. Nak menjerit pun macam tak dah boleh keluar suara.

Siap mandi dia mengelap badannya dan mencapai berus gigi. Tanpa memandang Yasmin dia melangkah keluar setelah membaluti tubuh dengan tuala.

”Kau nak pergi kampus tak.  Kalau ada kelas aku hantarkan.  Jangan nak mengada pergi sendiri sekarang ni. Karang jadi apa-apa susahkan aku pulak. Kau dah jadi tanggungjawab aku sekarang ni.”

Hadi sempat membebel pada Yasmin sebelum beredar jauh dari pintu bilik mandi.

”Kalau nak pergi kelas siap cepat.  Kalau lambat aku tinggal. Tak payah pergi kelas hari ni. Cuti!” amaran terakhir diberi memandangkan Yasmin masih tiada respon.

Mendengarkan saja amaran bahaya oleh Hadi, Yasmin buru-buru bersiap. Dia tak mahu ponteng kelas.  Kejadian yang baru berlaku di depan mata tadi dilupakan sementara.

Siap mandi Yasmin baru teringatkan yang dia tidak mempunyai sebarang pakaian.

”Err..Hadi, aku tak ada baju.  Semalam aku dah siapkan beg baju tapi tertinggal dalam kereta ayah.” Perlahan-lahan aku bersuara. Bimbang dileteri lagi.  Sebagaimana Hadi tak suka menunggu macam tu jugalah aku tak suka dileteri.

”Ada tu, aku dah ambilkan pun. Kak Yus call aku malam tadi suruh amik baju.”

Aku tersenyum lega.  Segara mencapai blous dan jeans. 15 minit aku diberi masa bersiap.  Tergesa-gesa aku dibuatnya. Makin lama makin aku faham perangai Hadi.  Walaupun dah lama berkawan tapi sebelum ni aku tak perasan perangai  Hadi yang satu ni.

”Jom.” tanganku dipaut.

Kami menuju ke arah kereta Honda Accord model baru. Kereta baru hadiah perkahwinan dari mama dan papa. 

Aku meloloskan diri ke dalam perut kereta. Laju kereta membelah jalan. Jam 7.30 pagi sudah terlalu lewat bagi penghuni kota Kuala Lumpur untuk keluar memulakan tugas. 

Tiba di perkarangan kampus, Hadi memberhentikan kereta tepat dimuka pintu pagar. 

”Habis kelas pukul berapa”

”Tiga”

”Ok. Pukul tiga aku jemput. Jangan ngada-ngada nak keluar ke merayau kelain. Aku tunggu depan pintu ni tepat pukul tiga.  Kalau kau lewat seminit siap kau.”

Amaran dari Hadi cukup mengecutkan perutku. Mungkin dah jadi kebiasaan orang yang bekerja di sektor perniagaan ni mementingkan ketepatan masa. Aku mengangguk bagaikan burung belatuk.

Pintu kereta segera kubuka. Tak mahu berlama-lama di dalam kereta bersama Hadi di kampus. Tak mahu memberi syak wasangka pada warga kampus yang tak tahu tentang cerita sebenarku.

”Eh, macam mana adab isteri nak keluar? Kena  minta izin suami dan cium tangan suami kan. Tak reti-reti lagi nak buat?”

Terbeliak biji mata aku mendengar permintaan Hadi.  Hadi berwajah serius.  Dia memang Hadi yang lain sekarang ni. Bukan Hadi yang bolehku injak-injak kepalanya macam dulu.  Dan aku juga tau dia serius dengan permintaannya yang satu ini.

 Aku  yang tak mahu berdebat di pagi hari terus menuruti kehendaknya, menarik tangan Hadi menyalami lantas mencium tangannya.  Sepantas itu juga Hadi menciumi dahiku.  Sekali lagi merah mukaku malu diperlakukan begitu di depan orang ramai.

Aku nampak beberapa kenalan ku yang berlalu di pintu pagar itu memandang sinis pada ku.  Mesti mereka kehairanan.  Yelah sebelum ni mereka tak pernah tengok aku ada boyfriend. Alih-alih hari ni datang kelas dihantar dengan kereta mewah, bersalam dengan lelaki, siap kena cium lagi. Kalau aku pun aku mesti hairan bin ajaib.

Setelah memuaskan hati Hadi dia segera memecut kereta. Meninggalkan diriku di depan pagar kampus. Aku memandang kereta Honda Accord berwarna kelabu itu dari kejauhan.  Baru aku nak melangkah kaki Azila menepuk bahuku dari belakang.

”Ehem-ehem macam mana pengantin baru. Malam pertama? ” Azila memberi senyuman penuh makna.

Aku menyiku Azila sambil menjelingnya.  Azila tersenyum lebar.  Kami berjalan beriringan menuju ke dewan kuliah memandangkan kami sama-sama lambat.

Aku tersedar ada beberapa teman yang mungkin sempat menyaksikan adegan romantika di dalam kereta tadi memandangku dengan senyum sinis.  Tapi aku tak pedulikan mereka.  Kami berjalan laju menuju ke arah dewan kuliah.  Dengan tak semena-sema aku terasa bagai ada orang yang sengaja melanggar bahuku.

”Outch!!”aku menjerit kecil.

”Hmm ada orang tu dah makin maju sekarang. Dah pandai datang dengan lelaki.” Aku pandang tepat muka Maria.

”Hei! Kau cakap jangan sesedap rasa..”

Azila cuba mempertahankanku.  Aku yang tidak mahu mencari gaduh terus menarik Zalia melangkah pergi meninggalkan Maria. Tak ada faedah bagi Yasmin melayan B.P.G., Budak Paling Gedik macam Maria tu.

Maria merenung tajam melihat Yasmin berlalu tanpa respon.

”Jaga kau!” senyuman jahat tersungging dibibir Maria.

0 comments: