BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Korang carik ape tu arr??

Tuesday, February 1, 2011

Cinta Gila 5

BAB 5

Tepat pukul 3 seperti yang dijanjikan kereta Hadi memang terpacak di depan pintu pagar.

Over gila dia ni. Parking depan-depan pagar. Hee..buat malu aku jer. Dah tu buat muka cemberut. Baru lambat 5 minit.

”Assalamualaikum.”  Aku menghulurkan tangan.  Ingin bersalam dengan Hadi. Mengambil hatinya. Aku tau kalau tadi aku dah kena sound masa nak keluar kereta nikan pulak baru jumpa kalau aku tak bagi salam confirm aku kena lagi.

”Hmm..” Hadi hanya mengangguk dengan muka masam. Menghulurkan tangan lantas laju meninggalkan perkarangan kampus.

”Lambat 5 minit.” Hadi bersuara setelah tiba di lampu isyarat pertama.  Aku yang dari tadi mendiamkan diri memandangnya.

”Maaflah, aku jumpa lecturer tadi.”  Aku buat-buat muka sedih.

”Ok, kali ni aku terima.  Tapi malam ni ada benda aku nak bincang dengan kau.” Aku diam. Malas bertanya.

Tiba di hotel tempat kami ’berbulan madu’ aku terus masuk menuju ke lif.  Hadi meninggalkan aku kerana dia perlu bergegas ke pejabat semula.

Sampai tingkat 6 aku mencari bilik VIP no 1032.  Membuka pintu dan meloloskan diri ke dalam bilik serba mewah itu.

Aku terfikir-fikir apa yang berlaku sepanjang hari ini. Teringatkan renungan tajam Maria. Sampai bila aku nak berahsia tentang perkahwinan aku ni. Aku makin rasa menyesal kerana meminta perkahwinan aku dirahsiakan sehingga menjerut leherku sendiri. Kalaulah aku terima pelawaan ibu mertuaku untuk menjemput semua teman-temanku tak perlulah aku dipandang sinis begini.  Kalau aku tiba-tiba cerita aku dah kahwin mesti dia orang tak percaya.  Tak kan aku nak kena buat press conference pulak.  Macamlah aku ni artis. Hikhikhik…aku tertawa sendiri.

Sambil merehat-rehatkan diri di katil aku terlena.

************************************************************************


HADI serius memandang kertas kerja yang dibawa oleh setiausahanya.  Dia perlu cepat menghabiskan kerja.  Sekarang dia tidak boleh lagi balik lewat malam macam dulu.  Sekarang dia dah punya tanggungjawab baru. Perlu pulang awal menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Suamilah sangat!

Jam tangan ditilik.  Baru pukul 4.20 petang . Ada hampir lagi sejam dia perlu menghabiskan masa di pejabat. Setiausahanya hairan memandang Hadi yang dari tadi tak habis melihat jam.

”Err..En Hadi, pukul 5.30 nanti Tan Sri Hamid nak jumpa.”  Hanith bersuara.

”Tan Sri nak jumpa? For what? Ada dia bagitau kat u dia nak discuss pasal apa-apa?”

Hadi mula tak senang duduk mendengarkan setiausahanya memberitahu arahan dari papanya untuk berjumpa selepas waktu pejabat.  Adui papa ni nak apa lagi.  Aku nak balik awal hari ni. Kacaulah.

No, En Hadi. He didn’t tell me anything.  Mmm.. Sorry for asking, kenapa En. Hadi nampak gelisah  je hari ni. Macam nak kejar masa je.  En. Hadi ada masalah ke. Boleh saya bantu?” Hanith dalam takut-takut cuba memberi cadangan.

”Emm..no it’s personal matters err but yes. If you don’t mind boleh awak tolong bagitau Tan Sri saya ada hal nak balik awal. Nanti apa-apa saya call dia. Ok?”

Hanith mengangguk tanpa bantahan.  Dan itu yang membuatkan Hadi menyenangi kerja Hanith.  Dia banyak menurut dari membantah. 

Telefon bimbit Hadi bernyanyi riang lagu Senyum nanyian Malique. Dia mencapai handphone tanpa memandang nama pemanggil.

”Hello bro. Busy ke petang ni. Jom kopitiam kat tempat biasa”  Shahzly menyapa dengan ceria melalui corong telefon bimbit.

”Oh, kau Shahz. Aku ada hal petang ni. Sorryla bro. Minggu ni aku busy sangat-sangat.  Kena balik rumah awal.”

”Hah? Kau betul ke ni Hadi..macam tak percaya je dengan apa yang aku dengar. Kau nak balik rumah awal? Macamlah ada bini tunggu kau kat rumah tu”

Ya, memang aku dah ada bini Shahz. Kalaulah kau tau perkara yang satu ni mesti kau gelakkan aku.  Kahwin muda. 23 tahun dah jadi suami orang. Entah-entah tahun depan kalau aku berjaya buat Yasmin mengandung aku dah jadi ayah. Huhuuu..

”Err..aku ada kerja sikitlah bro. Maybe next week aku dah settle problem aku, aku call kau ek.  Sorry ar aku tak dapat join petang ni.”

It’s ok. Takpe lah kalau macam tu. Jumpa nanti. Tak sabar rasanya nak jumpa kau ni. Macam ada berita hot jer ni.hahaha..” Shahzly yang macam dapat mengagak apa yang berlaku ketawa besar.

Diam tak diam jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang.  Hadi bergegas meninggalkan biliknya.  Tiba-tiba dia terserempak dengan papanya.

”Eh. Laju je Hadi. Amboi sejak ada bini ni dah tak boleh nak stayback 10 minit ke sembang dengan papa kat office ni.”

Hadi tersenyum simpul kerana malu ditegur begitu. Nasib baik tiada pekerja lain di situ.

”Erm bukan macam tu papa. Saya ada janji dengan Yasmin.”

”Oh. Takpelah kalau macam tu. Ada masa nanti balik rumah. Papa dan mama ada benda nak discuss pasal tempat tinggal kamu.”

”Oo.. ok Pa. Esok ke kalau free balik kerja Hadi bawa Yasmin sekali ek.” Tan Sri Hamid mengangguk.

”Balik dulu Pa.” Hadi meminta diri.

Hadi buru-buru menuju ke keretanya.  Bagaikan ada temujanji penting yang perlu dihadiri.  Padahalnya dia tak sabar nak bertemu Yasmin. Nak menyakat Yasmin lagi. Rasa macam dah ketagih pulak. Hahaha..tak sabar rasanya nak kenakan Yasmin lagi. Tunggu kau!

Sampai di hotel dia segera menekan loceng.

”Ish bisingnya.  Mana pulak datang bunyi loceng ni.” Yasmin membuka matanya. Menggosok-gosok mata.  Tertidur dari balik kolej sampai petang. Oh aku kat hotel. Lupa pulak. Hehe..Yasmin gelak sendiri. Loceng semakin kuat berbunyi. Opss.. tu mesti Hadi. Masak aku kena marah lagi ni. Gulp!..air liur ditelan payah. Aku baru tersedar aku belum mandi. Namun sudah terlambat.  Takkan nak Hadi tunggu diluar lagi.  Lagi mati aku kena marah. Aku buru-buru buka pintu.

”Ya..Allah! kau ni tak mandi-mandi lagi balik kolej tadi?  Macam ni ke sambut suami. Dengan air liur basi. Rambut serabai. Dah macam pontianak harum sundal siang aku tengok!  Dahlah buka pintu lambat. Bla..bla..bla..” Hadi terus membebel berbakul-bakul. Harum sundal malamlah ngok Hadi. Nak membebel konon. Aku membebel dalam hati. Haa, aku pulak dah berjangkit penyakit Hadi, suka membebel. Tapi dalam hati jelaa. Nak luah tak berani. Nanti kena lagi.

”Sorilah. Aku letih. Malam tadi tak cukup tidur. Penat tau tak. Balik tadi terus je aku lena. Aku ingat nak baring-baring je sekejap.”

”Haa, menjawab menjawab!” Hadi masih berlagak serius.

”Ok, ok.  Aku pergi mandi sekarang ok.” Aku berlalu tanpa sempat Hadi memanggilnya lagi.

Siap menyisirkan rambut dan membetulkan baju di badan cermin, aku keluar dari bilik. Hadi juga kelihatan letih. Tersandar di sofa sambil menonton TV.

Hadi yang tidak sedar dengan kehadiran aku, leka menonton TV.  Dek kerana melihat Hadi yang leka menonton  TV dia pergi mendapatkan minuman di peti ais.

Datang semula ke sofa, Hadi dah tidur.  Dia duduk merenung Hadi. Teringat dia zaman belum berkahwin dulu.

”Oi kau ni Hadi main tipu arr.. Mana aci.” habis buah catur berterabur sebab aku tolak. Geram punya pasal. Asyik kalah dari tadi.

”Mana ada, memang dah kau tak reti main. Dah kalah nak kata orang main tipu pulak.” Hadi mempertahankan diri.

Aku menolak bahu Hadi. Tanda protes tidak berpuas hati.  Hadi geram dipermainkan membalas balik perbuatanku. Akhirnya kami berlari kejar mengejar di dalam rumah papanku.  Bagai nak runtuh rumah papan itu dengan derapan tapak kaki gajah kami.  Persis budak kecik  yang berlari-larian berebut makanan.

”Mak! Tengok Hadi ni. Pukul-pukul orang, sepak kang.” Pn. Rosnah hanya tersenyum melihat gelagat anaknya dan Hadi. Hadi yang dia anggap bagai anaknya sendiri juga.

”Dahlah tu. Tak mau gaduh-gaduh. Esok lusa nak jadi laki bini macam ni jugak ke.”

”Ek eleh mak ni. Siapa entah nak kahwin dengan Hadi ni.” aku mencebik. Kahwin dengan mangkuk ni? No way! Kalau nak kahwin pun mestilah aku nak kahwin dengan putera raja yang genteman orangnya. Bukan macam mangkuk tingkat yang tak reti nak mengalah dengan perempuan ni.

Namun hari ni gurauan mak dah jadi kenyataan.  Hadi dah sah jadi suami aku. Suami? Suami apa macam ni. Tak rasa macam dah kahwin pun. Makin menjadi-jadi perangainya membuli aku adalah. Hurmm..tunggulah, sekarang ni aku masih dalam penyakit trauma kena kahwin mengejut. Sembuh penyakit aku ni nanti, aku akan bangkit kenakan kau macam dulu.

”Abis dah berangan?” tanya Hadi. Aku yang tidak sedar Hadi memerhati dari tadi tersenyum malu.

”Tadi aku tengok kau tidur.”  Coverline. Malu siot. Sengih sorang-sorang pandang dinding.

”Yelah, kalau aku tidur pun kau boleh beranganlah ya.  Dah! aku nak mandi. Lepas order makan malam nanti aku ada benda nak bincang dengan kau ni.” Hadi segera berlalu masuk ke bilik mandi.

Selesai makan malam, Yasmin menuju ke bilik tidur mengambil beberapa buku untuk menyiapkan assignment diruang tamu.  Belum sempat dia melabuhkan punggung di sofa Hadi menarik tangannya masuk bilik semula.

”Hmm..so how ’s the day jadi isteri aku hari ni?”  Hadi tersenyum nakal.  Aku mencebik.

”Cebik-cebik. Tarik muncung tu kang.” Hadi tersenyum miang.

 ”Ok, macam nilah aku tau kau nak siapkan assignment jadi aku tak ambik masa panjang dari kau. Cuma aku nak tegaskan, aku ada 5 syarat yang aku nak kenakan pada kau sebagai isteri aku. Dan syarat-syarat tu aku tak akan bagi tau terus semua sekali malam ni. Sebagai isteri kalau kau langgar syarat-syarat aku tu kau kena hukum. Faham?” Yasmin yang mendengar arahan Hadi terkebil-kebil memandang.  Macam orang buntu.

Apa lak! Ini sudah tidak adil. Sesedap rase je dia nak kenakan syarat marat kat aku ni.
Apa dia ingat ni pejabat dia ke. Nak ada prosedur kerja. Syarat-syarat kerja. Macam aku tak percaya je kena lalui semua ni. Biasa-biasa aku baca dalam novel, tengok drama kisah kahwin kontrak ni. Aku ni dikira kes kahwin kontrak jugak ke.  Hii tak boleh jadi ni.

Heloo..are you listening?” Hadi melambai-lambai tangan di depan mukaku.  Aku mengangguk.  Kemudian menggeleng.

” Apa kau ni. Faham ke tak. Kejap angguk kejap geleng. Faham tak ni.  Aku cium kang”
Buntang biji mata aku mendengar ugutan Hadi.  Seraya aku mengangguk.

”Faham.. faham.” laju aku mengangguk. Hadi tersenyum puas bila tengok aku terkulat-kulat diugut untuk dicium. Suka sangat dia!

”Ok. One more thing, malam esok kita kena pergi rumah papa and mama. Ada benda penting nak discuss.  Maybe pasal kita punya rumah.”

Aku mengerutkan kening. Blur sekejap.

”Ya, pasal rumah kita. And the important thing yang aku nak bincang ni tentang hubungan kita depan parents kita ni. Kita perlu tunjuk sebaik mungkin hubungan kita ni berjalan lancar. Kalau mama bagi hint pasal nak cucu ke apa, kau pandai-pandailah reka cerita.  Aku tak nak mereka tau yang kita sekarang ni masih macam dulu. Faham?”

Aku mengangguk-ngangguk perlahan sambil memuncungkan mulut. Hakikatnya aku masih blur apa akan berlaku di rumah mertua aku nanti.

Balik rumah mama dan papa? Kena berlakon? Pasal rumah? Erm..mungkin papa nak bagi rumah kot. Mana tahu kan. Yelah sampai bila nak duduk hotel mewah macam ni. Seminggu bolehlah. Tapi kalau terus jadikan ni penempatan kita orang selamanya tauke balak pun boleh bankrap.

”Kau faham tak ni Min? Blur semacam je aku tengok kau malam ni kenapa? Ke memang nak kena cium lagi?” Hadi tak berhenti mengusikku. Aku menunjukkan penumbuk. Miang tak habis. Cium la kalau nak rasa penumbuk sulung ni.

”Eh dahla kalau kau dah habis lectur aku, aku nak siapkan assignment ni. Melalut tak berhenti macam nenek kebayan.  Hilang abis dah idea aku nak siapakan kerja sekolah ni.” Tiba-tiba datang kekuatanku melawan Hadi. Selama 2 hari ni aku senyap je bila kena buli. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa macam dah pulih. Mungkin geram dengan Hadi yang asyik tak berhenti kata nak cium aku.

Bulat mata Hadi memandang aku yang tiba-tiba menjawab. ”Haa..ni macamlah baru Yasmin Yasin yang sebenar. Berani berlawan dengan aku. Takpe, aku suka kau mcam ni dari kau asyik diam je. Dah macam orang mati laki. Bosan aku.”

”Ooo, orang mati laki ye! Ha ambik kau!” aku membaling bantal ke muka Hadi. Hadi segera membalas semula padaku. Tak puas dengan bantal, aku amik pula buku aku setebal 3 inci tu baling kearahnya. Dia sempat mengelak. Aku tak puas hati. Aku kejar dia ke ruang tamu. Kejar punya kejar, aku tak perasan kaki aku tersangkut pada karpet. Apa lagi macam nangka busuk dah aku jatuh.

Terburai besar ketawa Hadi tengok aku yang dah macam nangka busuk tu.  Nangka busuk pun kalau jatuh tak seburuk tu.

”Sakitlah ngok! Gelak-gelak, bukan nak tolong.” aku menyumpah pada Hadi. Ya Allah jahatnya aku ni sumpah suami sendiri. Aku menggosok-gosokkan buku laliku yang rasa macam dah tergeliat urat.  Aku cuba bangun tapi..

”Outchh!!! Sakit...” aku mengaduh. Hadi panik tengok aku. Sangkanya aku pura-pura sakit. Segera dia datang padaku.  Dia cuba melihat kakiku namun aku tepis kasar.

”Tepilah.” aku cuba untuk bangun. Sekali lagi aku menjerit kesakitan.

”Dah..jangan bangun. Biar aku tolong.” dengan gagahnya Hadi mendukung tubuhku.

”Hei apa ni. Tak payahlah.” aku cuba meronta bila didukung Hadi. Ingat aku budak kecik ke nak dukung-dukung. Papah je dahlah. Kalau aku jatuh kang sape nak jawab.

Tanpa mempedulikan rontaanku, Hadi mendukung kemas tubuhku untuk dibawa masuk ke bilik. Perlahan-lahan dia cuba meletakkan aku di atas katil.  Bimbang aku bertambah sakit.  Dengan pantas bagaikan pasukan penyelamat dia mencari kotak ubat untuk menyapu ubat pada kakiku.

Aku cuba merampas ubat dari tangan Hadi, tapi dia lagi pantas menepis tanganku.

”Aku boleh sapu sendirilah.” aku masih berdegil. Dah dasar keras kepalakan. Sakit pun nak berlagak lagi.

”Dah duduk diam-diam. Jangan nak ngada-ngada.” dia tekun menyapu ubat ke kakiku. Krim Flanil yang dah larut kekulit itu membuatkan aku rasa semakin selesa. Namun Hadi tak berhenti-henti menggosok kakiku.

Dari buku lali, sekarang dah merayap naik ke betis. Aku geli. Mengekek-ngekek aku ketawa.

”Eh dahla. Cukupla tu. Dah lebih arr ni. Aku sakit kat buku lali je. Yang kau gosok sampai ke betis tu apa hal?.”

”Nenek aku pesan, kalau sakit kat sini, kita kena gosok semua sekali. Sebab urat kau ni bukan setakat kat buku lali ni aje.”

”Ahh! Banyakla kau punya nenek.” macam aku tak tau kau saja nak ambil kesempatan.

Buk! Sekali lagi bantal aku baling ke muka Hadi. Hadi tak sempat nak mengelak. Tapi dia tak balas.

”Dah, kau rest dulu kat sini. Stop main. Kalau nak sambung main pun malam karang ek. Kita main stail lain pulak ok.” sambil mengangkat-angkat dua keningnya dan tersenyum lebar.

”Ngok-ngek la kau ni.” aku baling lagi bantal tapi kali ni sempat dia elak.  Dia tersenyum manis. Meninggalkan aku di dalam bilik.

Malam itu aku rasa seronok sekali kerana terasa diriku pulih dari dipukau. Aku telah kembali pulih untuk menentang Hadi!

0 comments: