BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Korang carik ape tu arr??

Wednesday, February 9, 2011

Cinta Gila 7

BAB 7

“Good morning princess. Lena tidur sebelah abang malam tadi?” opss..macam mana aku boleh terlajak tidur sampai pukul 10 pagi ni. Ni mesti kes lewat lena malam tadi. Mana taknya dekat subuh baru aku rasa lali. Yang Hadi ni satu berabang-abang dengan aku akhir-akhir ni apa kes. Gila meroyan apa.

Aku menggosok-gosokkan mata yang perit melihat sinar cahaya pagi. Tanpa menjawab pertanyaan Hadi aku bertanya. “Kau ada sentuh aku tak malam tadi?”

“Mana ada… Kalau ada pun, sikit-sikit je..” sambil mengangkat-angkat  dua-dua keningnya dan mengurut-ngurut dagunya yang tak berjanggut itu.  Dia buat senyum miang lagi.

“Kau…!”  jari telunjukku tepat ke muka Hadi.

“Nape? Nak tolong korekkan hidung aku ke?” terbahak-bahak Hadi ketawakan aku.

“Ish kau ni kan. Pengotor tau.” Aku segera bingkas dari katil mencapai tuala. Hadi tersengih memandangku.

“Cepat sikit mandi tu. Kita nak check out dah ni.” sempat lagi dia berpesan.

Setelah check out dari hotel mewah itu, aku dan Hadi pergi ke asramaku. Mengangkut semua barang-barangku untuk di bawa ke rumah baru kami.

Azila tersenyum melihat kebahagiaan teman baiknya bersama suami.  Walaupun kekadang hatinya terasa kesunyian kehilangan aku yang selalu menceriakan hidupnya.

Sebelum pulang  ke rumah sendiri, Hadi singgah di kediaman keluarganya mengambil barang-barangnya seperti baju dan beberapa keperluan harian.

”Abang Hasrul pun cuti juga hari ni?” aku menegur Hasrul, abang iparku yang sedang khusyuk membelek fail ditangan.

”Eh, Min. La.. tak perasan tadi. Kerja, balik jap amik barang. Esok abang outstation. Pergi Australia ada kursus kat sana.  Min nak apa-apa ke. Boleh abang belikan. ”

Aku yang memang dari dulu lagi mesra dengan Hasrul berbual rancak sampai tak sedar bertempuk tampar dengan abang iparku.  Tidak sedar dengan kehadiran Hadi di sisi, aku cepat-cepat bangun.

Hadi masam mencuka. Pantas tanganku di rentap keluar dari rumah tanpa sempat memberi salam pada mama dan abang iparku.  Hasrul tercengang melihat kelakuan Hadi.

”Bukan main lagi mesra dengan abang Hasrul.”  Hadi yang dari tadi diam seribu bahasa baru bersuara setelah kami hampir sampai ke kediaman kami.

”Mesra apa pulak. Kan aku dah biasa dengan kauorang macam ni.” aku menidakkannya.

”Ye. Tu dulu. Sekarang kau dah jadi isteri aku. Jadi boleh tak kau hormat aku sebagai suami. Aku tak suka isteri aku bertepuk tampar dengan lelaki lain!” keras suara Hadi memberi amaran yang entah kali ke berapa.

”Walaupun dengan abang kandung kau sendiri?” aku menjadi hairan.

”Ya!” Hadi bertegas lagi.

”Oo..kau cemburu ya?” aku cuba mengusik Hadi. Wajah Hadi masih tegang.  Kereta yang dibawa laju cukup membuat aku faham.  Kerana itulah kebiasaan Hadi apabila marah.  Mesti melepaskan perasaan pada keretanya.

”Yes i am. Puas?” pengakuan yang cukup ikhlas dari Hadi. Aku melemparkan senyuman ke tingkap kereta.  Tak mahu lagi memanjangkan cerita. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa senang dengan riaksinya itu.

Akhirnya kami tiba di perkarangan rumah yang serba indah dan cukup buat aku terpegun.  Dengan hiasan serba moden aku begitu terasa teruja.  Alahai, seronok jadi anak orang kaya ni.  Teringat aku pada kata-kata Kak Yus yang memujukku sebelum dinikahkan.

”Bertuah adik akak ni.  dapat kahwin dengan anak Tan Sri.”  terngiang-ngiang suara Kak Yus di telingaku.  

Kekadang aku akui memang rasa beruntung berkahwin dengan Hadi. Tak perlu aku bersusah payah lagi. Tengok ni sudahlah. Dapat rumah mewah. Nak harapkan diri sendiri, jangan kata sepuluh tahun lagi, dah pencen pun belum tentu dapat beli rumah mewah ni.

Aku meninjau-ninjau perhiasan perabot dan dinding di dalam rumah. Perhiasannya cukup moden sekali.  Dinding dan kebanyakan diperbuat dari kaca dan cermin.  Termasuk pagar tangga hinggalah ke pagar beranda di tingkat dua. Semua diperbuat daripada kaca.  Cukup menepati seleraku.

Hadi tidak mempedulikan aku.  Dia membiarkan aku meninjau-ninjau kawasan rumah. Ruang menonton TV ditujunya. Tubuhnya yang sasa itu dihempas ke atas sofa yang empuk lantas remote TV LCD 42 inchi itu ditekannya.

Akhirnya terkulat-kulat aku sendiri mengeluarkan barang-barang dari kereta. Semuanya aku buat sendiri. Hadi langsung tak membantu. Geram rasenya tengok kelakuan Hadi. Ikutkan hati mau je aku bertempik.  Sesedap rase je dia layan TV sorang-sorang. Taulah tengah marah. Tapi agak-agak arr.. Apa dia ingat aku ni bibik ke. Uhh!

Aduh..sakitnya pinggang.  Baring japlah. Kau nak tengok tv, haa tengoklah puas-puas jangan kacau tuan puteri nak beradu ni.  Kalau kau datang kacau aku kang, siaplah.  Sedap je dia goyang kaki kat bawah tu kan.  Aku ni dah keluar peluh jantan sampai..Haha..ada ke peluh jantan.

Baru aku nak melelapkan mata, terasa ada sesuatu merayap di telingaku. Perlahan-lahan aku buka mata kerana tidak tahan dengan kegelian itu.  Geram rasa hatiku tak terkira bila terpandang wajah Hadi yang sengih melebar. Jarinya yang baru hendak cuba menggelitik telingaku sekali lagi cepat-cepat disembunyikan.

”Isshhh!!..” aku memusingkan tubuh membelakangkannya.

”Penat?”  pura-pura bertanya khabar. Dah habis merajuklah tu. Baru nak naik jenguk aku.  Eeeiii...sengal!

”Eh..tak penat pun. Bertenaga lagi ni. Kalau kau nak suruh aku mop satu rumah ni pun boleh lagi.” Hadi tertawa kecil mendengar aku memerlinya.

”Oo..tak penat ek. Kalau macam tu aku nak kau masak makan tengahari ni ek.  Kau masak lauk ayam goreng berempah, kari kepala ikan, gulai masak lemak cili api, daging masak kicap...” saja Hadi menambahkan lagi rasa geramku.

”Ahhh..banyaklah kau punya ayam goreng berempah.  Orang penat ni tau. Kari kepala rimau kau tak nak?”  Aku sudah duduk mengadapnya.

”Laa..penat rupanya. Tadi kata kuat lagi.. Heheh..Jangan lah marah. Aku gurau jelah. Kat mana rasa sakit.  Nak abang tolong urutkan tak.”  senyum miang lagi. Eii..tak suka tau!

”Eii..tolonglah! Urut konon. Terima kasih jelah ek, aku tak perlu. Satu lagi boleh tak jangan bahasakan diri tu abang.  Gelilah.”  aku meliuk-liukkan badan menunjukkan aksi geli.

”Ok-ok. Sorry aku tak tolong kau ngemas tadi. Jom bersiap. Aku belanja makan kat luar.” eleh setakat belanja makan tak jalanla der..

”Tak moh. Nak tidur.” aku berkeras. Jual mahal la konon. Bantal peluk ku tarik ke dada.

”Janganlah macam tu. Ok, kau nak apa. Aku tunaikan.” Hadi tak putus asa memujukku.

”Ok, kalau macam tu, aku nak guna bilik sebelah ni. Boleh aku belajar dengan privacy sikit.  Lagipun aku ni selalu bangun tengah malam pukul 2, 3 pagi.  Nanti bising ke, aku pasang lampu ke kau tak selesa pulak nak tidur.” hehe..inilah masanya aku nak minta apa-apa yang susah dia nak tunaikan. Hadi mengerutkan dahi. Berfikir tentang cadangan aku.

”Aku rasa aku tak kisah kot setakat kau nak bangun belajar.  Sebab aku ni kalau dah tidur payah nak terjaga.  Pasal bilik tu tak apalah, kita boleh ubah suai jadi bilik study kau.  Tapi kau tidur jelah dalam ni dengan aku.”

Aku ketap bibir. Sakit hati kerana plan tak menjadi.  Aku masih mencari lagi seribu satu alasan.

”Ok, tapi aku ni suka study atas katil sambil baring-baring.  Kadang-kadang aku tertidur terus. Kalau aku tertidur bilik sebelah tu dan tak masuk bilik tidur dengan kau tu, faham-faham jelah ye.  Tak perlulah kejutkan aku.” kali ni mesti dia setuju punye.

”Mm..ok.”  Yes! Kan betul. Senang je nak ayat Hadi ni. Haha..lepas ni jangan haraplah aku nak tidur dengan kau.  Dah tentu aku akan buat-buat tertidur dengan timbunan buku aku kat bilik studi. Aku senyum lebar.  Tanda kemenangan. 

”Dah jom bersiap.  Kita keluar makan. Aku lapar ni. Ke kau nak masak?” Hadi memprovokku.

”Kalau kau nak rasa kari kepala rimau bolehlah..” seraya kami tertawa serentak.



Kami menuju ke KLCC.  Keluar dari kereta Hadi tiba-tiba menggenggam tanganku. Aku terkejut. Cuba untuk menarik tanganku tapi genggaman Hadi kuat.  Aku biarkan saja. Apa tujuan dia berbuat demikian aku tak pasti. Takut aku lari ke, atau nak tunjuk romantik, atau ada sesuatu yang tak kena dengan Hadi petang ni.  Yang pasti aku perasan ada seorang wanita ala-ala model memadang tepat ke arah kami. Siapa perempuan tu?

Tanpa mempedulikan kehadiran wanita itu, Hadi menarikku menuju ke lif. Akhirnya kelibat wanita itu pun hilang.  Kami pun meneruskan langkah meninjau-ninjau segala macam barang-barang yang terpamer didalam bangunan itu untuk jualan.  Dari kedai perhiasan, beg, kasut sampailah ke pakaian.

Beberapa pasang baju dan juga sandal telah Hadi pilih untukku. Macam biasalah ada saja yang tak kena dengan pilihan hati aku di mata Hadi.  Sebab memang dari dulu kami berbeza.  Memang tak sebulu dan tak sejiwa.

Aku pilih baju warna biru, dia pilihkan aku warna pink, aku pilih kemeja besar dia pilihkan blous yang ketat. Biar mengancam sikit katanya.  Tak habis setakat itu aku pilih sneakers dia pilihkan sandal tinggi 3 inchi.  Tapi aku turutkan jua pilihannya kerana yang nak membayarnya adalah dia.  Orang nak belanjakan. Terima jelah.  Pakai tak pakai tu cerita nombor 2.

”Dahlah. Cukuplah tu kalau ye pun kau nak sogok aku. Banyak dah ni.” aku cuba berdalih kerana melihat Hadi tak berhenti-henti memilih pakaian aku.  Apa kena dia ni.  Asyik beli baju aku je.  Baju dia tak beli pulak.

”Kau ni tak reti nak bersyukur.  Suami punya baik nak belanja pun kau tolak.” Hadi menjelingku. Geram agaknya dengan aku yang banyak songeh.

”Bukanlah macam tu. Dah banyak ni. Semua aku punye. Kau tak beli apa-apa pun untuk kau.” aku tak berhenti mengomel.

”Aku punya bila-bila masa boleh beli.  Pakailah baju yang aku beli ikut taste aku pulak sekali sekali. Kau ni simple sangat. Teringin jugak nak tengok kau pakai baju-baju macam ni pulak.  Duduk kat rumah tu cubalah melaram sikit.  Jangan nampak serupa macam bibik je.” aku membulatkan mata. Bibik dia panggil aku? Amboi..taulah awak tu pandai bergaya. Huh!!

Tapi memang betul pun. Kalau kat rumah, track suit dan t-shirt jelah yang sentiasa aku sauk. Jangan harap aku nak melaram kat rumah. Kalau ikutkan memang aku ni simple sangat orangnya. Kuar jalan-jalan pun cuma berkemeja dan jeans. Baju ketat-ketat ikut body ni tak pernah wujud dalam almariku. 

Dalam dok mengomel tak berhenti tu kami pun sampai ke bahagian pakaian dalam wanita. Aku tercengang. Err..macam mana ni. Takkan sampai baju kecik ni pun kau nak tolong belikan. Tak perlu rasanya..err...aaa..eeiii..alamak dia tarik aku masuk pulak.

”Eh, aku laparlah. Jom makan.” aku mencari alasan untuk keluar dari bahagian itu.  Hadi memandangku. Dia nampak mukaku yang serba-salah.  Merona merah dah macam berjemur kat tepi pantai.  Apalagi, terus dia buat senyum miang.

Tanpa mempedulikan aku, dia membelek-belek pakaian tidur yang serba jarang tergantung di patung itu.  ”Hmm..cantiklah.  Aku nak kau ubah fesyen pakaian tidur kau lepas ni. Jangan asyik pakai seluar trek suit je macam gaya orang nak pergi joging. Rimas aku!”

Aku menjeling kearah Hadi. Geram di perli sebegitu. Alah ok apa, daripada kau tu tidur pakar boxer jer. Buatnya ada gempa bumi, tak sempat nak capai baju.  Eii malu je.

Aku memandang ke arah lain. Nak pandang patung tu pun aku naik segan.  Apalah Hadi ni. Takde kerja lain. Nak kenakan aku lagi la tu. Aku jadi malu sendiri melihat baju tidur yang dah tak layak digelar baju.  Mana tidaknya hanya ada tali dah kain jarang.  Serupa tak pakai baju.  Baik suruh aku berbogel je terus kalau kena pakai baju macam ni.

Eiii...bencinya rasa macam ni. Mak, tolonglah selamatkan aku. Sape-sapa yang baik hati tolonglah tarik tangan aku pergi dari sini.  Haru sungguh aku rasa kena bertahan kat sini dengan mangkuk ni. Nak tambah haru lagi dia mengacu-acukan baju–baju tidur tersebut di badanku.

”Mmm..i think this is suit for you dear.”  Hadi menghalakan baju maha jarang dan seksi berwarna pink itu ke arahku.

“Eh, kau serius ke nak aku pakai ni. Tak maulah. Gelilah. Daripada kau suruh pakai baju ni yang dah tak serupa nak macam baju ni, baik kau suruh aku berbogel je terus.” aku menghentakkan kaki. Malu dah bertukar geram.

”Ha, kalau kau sanggup aku lagi suka.” sepantas kilat satu cubitan kecil singgah di lengan Hadi.  Hadi mengaduh kecil sambil ketawa.

Tanpa mempedulikan aku, Hadi meminta jurujual berbangsa cina itu membungkusnya.

”Amboi Yasmin, shopping baju tidur ke. Aku perhati je dari jauh. Romantik betul.” Belum sempat aku nak beri penjelasan pada Azila, Hadi mendekati kami setelah  membayar bil.

”Eh, Zila. Sorang je?”  Hadi menegur.

”Eh, taklah, satu kampung aku bawa. Tak nampak? Hehe..tak adalah, ni aku dengan kakak aku. Dia gi toilet jap. Aku tunggu dia tadi, ternampak pulak adegan romantik kat sini.”  Azila tersenyum simpul.  

”Amboi cik abang, minta bini berseksi meksi ke..” usik Azila lagi.

”Eh biasalah orang ada laki kenalah pakai macam ni.” Aku mencegilkan mata mendengar jawapan Hadi. Tak sempat aku nak menyampuk.

”Err...kau orang berdua ni berborak buat aku macam patung pulak ye. En. Hadi Bushra Tan Sri Hamid, untuk pengetahuan awak, saya takkan pakailah baju yang awak beli tu. Jangan nak berangan.”  aku mula menyerang. Sakit rasa hati dipermainkan macam aku ni tak wujud kat depan mereka.

Serentak Hadi dan Azila ketawa.  Namun tawa Azila tak panjang kerana kakaknya sudah sampai dan mengajaknya beredar. Begitu juga dengan kami.  Beredar menuju ke lif keluar.

Sampai di parkir kereta, ”Kita singgah kat pasar raya area rumah ek. Beli barang dapur.”
Aku buat muka toya.  Kena jalan lagi ke. Aduh..lenguh dah ni.

Hadi memberhentikan kereta setibanya di pasar raya yang dimaksudkan. Parking berhadapan pintu masuk itu di tujunya.

Keluar saja dari kereta, dengan spontan Hadi memeluk pinggangku.  Geli geleman rasanye. Aku cuba mengelak tapi Hadi berkeras. Terpaksalah juga aku buat-buat selamba walaupun rasa kekok. 

Eiii Hadi kau ni buang tabiat ke apa, peluk-peluk aku depan orang ramai. Kalau kawan-kawan aku yang lain nampak tak ke naya. Apa aku nak jawab. Tadi nasib baik jumpa Azila je.

Sebuah troli kosong disorongnya kedalam pasar raya itu. Aku hanya mengikutinya. Habis semua segala macam sayur, ikan,ayam, daging, udang, sotong dia borong. Ni nak wat kenduri ke apa. Ko ingat aku ni terror sangat  memasak ape.  Habis semua dia angkut.

”Dah lah tu Hadi. Penuh dah troli ni. Kau nak suruh aku masak semua jadah ni?” aku garu kepala.

”Yelah, tuan puteri oi. Takkan aku beli nak wat perhiasan pulak.” selamba Hadi menjawab. Aku naik pening melihat sayur dan ikan-ikan yang separuh darinya aku sendiri pun tak tau apa namanya.

”Dah jom bayar.” aku menarik troli itu dan membawa ke arah kaunter bayaran. Bimbang kalau aku biarkan satu pasaraya dia borong nanti. Hadi tersengih.

Aku mengambil alih pula kerja menyorong troli. Dengan susah payah, troli yang berat dan sarat muatan itu aku dorong ke kereta. Hadi membuka bonet kereta. Sambil memunggah barang masuk ke bonet, aku sempat membebel.

”Kau beli banyak-banyak ni, kalau aku masak kau makan tak habis siap kau.” aku mengugut.

”Kalau kau masak sedap, lebih dari ni aku boleh habiskan.”

”Amboi perut macam tong dram.”

”Ewah sedap kata orang tong dram.”

”Yelah kalau macam ni banyak kau boleh habiskan. Aku rasa lauk ni cukup wat kenduri ajak sekampung tau.”

”Aku bukanlah suruh kau masak sekali gus sayang oi.” Hadi sempat memicit hidungku.
Aku tak berjaya mengelak. Kami sama-sama ketawa.

Cukup layak dikatakan pasangan bahagia jika melihat keadaan mereka saat itu. Tanpa mereka sedar, sepasang mata yang memerhati mereka dari tadi masih mengekori.

0 comments: